Saturday, September 25, 2010

STEW AYAM


Bahan2nya:

1/2 ekor ayam (buang kulit/potong kecil)
6 Ulas bwg putih -ditumbuk
10 Ulas bwg merah - ditumbuk
4 bj jintan manis - utk menumis
2 bj bunga lawang - utk menumis
10 hiris nipis halia
2 Sb Kicap cair
4 Sb Kicap pekat
2 Sb taucu
4 bj Kentang - potong saiz sesedap rasa
2 bj Karot - potong baji
Sedikit daun sup
2 biji cili merah -potong serong
2 biji cili hijau - potong serong
Garam/ Gula secukup rasa. Kepada yg menggunakan kicap manis tidak perlu gula.

Caranya:

1. Tumiskan bwg putih, bwg merah,Jintan dan bunga lawang agak garing masukkan ayam.
2. Masukkan hirisan halia dan kicap pekat/kicap cair serta taucu.
3. Tambahkan sedikit air. Masukkan Kentang dan Karot. Biar sampai ayam agak masak.
4. Masukkan garam secukup rasa, daun sup, cili merah, cili hijau.
5. Masak lagi sehingga kuah agak pekat. Kepada yg suka kuah pekat boleh tambah sedikit tepong jagung, selalunya Kak Erra tak letak.
Boleh dimakan bersama nasi putih dan juga roti.