SALAM BAHAGIA kepada semua.
Sekarang dah musin durian agaknya. Minggu ni dapat kiriman durian dari adik. Kalau makan tu sekeluarga kami ni tidak berapa gemar 'Raja buah' ni. Saya try buat durian crepe ni. Cari respi kat blog2 masakan ikut masing-masing resepila kan. Sebenarnya rasa saya logiknya daripada dulu-dulu mak2 kita buat kuih lenggang takkan kita tak pernah tengok kut.
Bila layari resepi yang bermacam2 kdg membuatkan kita pening kan. Tak apa itu diorang punya sukalah resepi diorang. Saya guna resepi yang paling simple, jom kita cuba.
BAHAN-BAHANNYA:
Kulit Lempeng
1. 250 gm Tepong Gandum ; 2 Sb Tepong Jagung ; 2 Sb Tepong Ubi
2. 3 biji telor saiz sederhana
3. 200 ml santan (kotak)
4. 300 ml air (jadikan 500ml bila dicampur dgn santan)
5. 1/2 St garam
6. 1 Sb gula
7. 1 St essen vanila
8. Perwarna yang disukai
Cara-cara:
1. Tepong gandum, Tepong Jagung & Tepong ubi dicampur bersama.
2. Masukkan semua bahan2 yang lain dan diblend.
3. Tapiskan adunan. Panaskan kuali dan letakkan sesenduk adunan. lenggang sekeliling biar cantik bulatannya. Bila sudah berkilat terus angkat. Ulang buat sampai adunan habis.
Intinya
Fresh Cream atau Whipping Cream - dipukul kental
Isi durian dibuang biji
Cara-cara:
Isikan sesudu Cream diatas lempeng dan tambah isi durian, kemudian tutup balik dengan Cream tadi. Lipat lah ikut kesesuaian.
Enak sekiranya diletak dalam petisejuk sebelum dimakan.