Tuesday, December 2, 2014

DIM SUM DENGAN PLUM SOS

ASALNYA ialah makanan atau hidangan ringan masyarakat cina.  Ianya boleh dibuat dengan daging, sayur atau seafood.  Saya beli aje dekat kedai Halal Mart.  Hanya kukus dan sediakan sos.

 Daku Melayu Tulin, tekak memang tak boleh terima ni..


NASI IMPIT KUAH KACANG & RENDANG AYAM

SALAM Sejahtera semua, diharap anda semua dalam situasi yang menyenangkan.  Bagi mak mak yang sibuk melayan anak anak di percutian sekolah kali ini tentu tengah fikir apa nak masak untuk breakfast pagi ni.  Kisah memasak Nasi Impit & Kuah Kacang & Rendang Ayam ini memang tidak simple & easy sebenarnya.  Saya memasak Rendang dan Nasi Impit (Nasi Kapit - kata orang Pantai Timur) pada malamnya.  Keesokkan harinya hanya tumis Kuah Kacang sahaja. Jom buat kawan kawan.

Resepi Kuah Kacang

1/2 Kg Kacang Tanah - digoreng dan buang kulit-kisar jangan terlalu halus
4 Biji Bawang Besar Kuning- dipotong kiub
2 Ulas Bawang Putih - kisar
2 cm Halia - dikisar
2 cm Lengkuas - dikisar
10 Biji Cili Kering - dikisar - kurangkan kalau tak suka yang pedas
2 Batang Serai - dikisar- boleh juga diketuk sahaja
1 Kerek nise -atau Sedikit Gula Kabung
Sekeping Asam Gelugur
Garam secukupnya

Cara Membuatnya:
1.  Tumis Bawang Besar kiub tadi hingga perang dan masukkan bahan kisar.  Kacau sebati sampai naik bau.
2.  Masukkan Kacang Tanah yang telah dikisar. Kacau sebati.
3.  Masukkan Nise atau Gula Kabung , Serai dan Asam Gelugur. Kacau sambil masukkan air.  Agak agak jangan pekat sangat.
4.  Rasa garamnya.



AYAM GORENG KUNYIT

AYAM Goreng Kunyit sememangnya amat senang dan cepat untuk disediakan.  Sedap dimakan ketika masih panas.  Bila dah sejuk tak tahu apa nak katala kan.  Bayak terdapat dijual di gerai gerai dan van kiosk sekitar pejabat pejabat terpilih.  Kalau nak beli kena pikir panjang sebab orang yang beratur punyalah panjang.


Bahan bahannya:
1/2 Kg Isi Ayam - dipotong kiub
2 Labu Bawang Besar - Potong membulat
Serbuk Kuniut
Garam
Tepung Serbaguna Adabi
2 st Bijan

Cara cara membuatnya
Ayam digaram kunyikan.  Perap lebih kurang 20 minit.
Gaulkan dengan tepung serbaguna dan bijan.
Panaskan minuak dan goreng tenggelam. Tabur bawang dan kacang panjang jika suka.


Makan dengan nasi panas dan Sambal Belacan memang terangkat.