Jom kita jenguk apa yang akak masak. Resepi yang paling simple, kalau sesiapa buat mesti jadiknyer. Tengok gambar yang tak berapa menarik ni..
Resepinya adalah seperti berikut: (sumber dari Blog masakan yang telah saya lupa)
Saya tidak dapat nak ambil photo yang telah dipotong sebab kali ini anak bujang bawa ke opis dengan loyang dan potong oleh kakak2 di opisnye.
Bahan2nya:
300 grm butter (saya guna salted butter)
125 grm cocoa powder
250 grm gula castor
5 biji telor- pukul ringan sahaja
2 st essen vanila
230 grm Tepong gandum -diayak 2x
1/4 st baking soda
100 gm walnut dipanggang- cincang halus
100 grm choc chips
Topping Cheese:
300 grm cream cheese
90 grm gula castor
2 bj telor
1/2 st essen vanila
Cara-cara membuatnya:
1. Terlebih dahulu panaskan oven, sapukan sedikit mentega pd loyang dan lapik dgn kertas minyak.
2. Cairkan butter, masukkan cocoa powder dan gula. Kacau sebati dan gula hancur. Angkat.
3. Masukkan telor yg dipukul ringan, essen vanila, walnut dan choc chips, kacau dgn spatulla. Masukkan tepong dan soda bikarbonat. Gaul rata. Tuang kedalam loyang dan ratakan. Ketepikan.
4. Penyediaan adunan topping keju. Pukul cream cheese dan gula. Biar sampai lembut dan berkrim. Masukkan telor satu persatu, Essen Vanila dan pukul lagi.
5. Tuang keatas adunan brownies dan ratakan. Tabur dgn hirisan walnut dan choco chips.
6. Bakar dgn api bawah selama sejam. Tukar api atas sehingga permukaan cheese agak kuning dlm 10 minit. Tutup api dan biarkan sejuk baru potong.