Saturday, December 13, 2014

MEATBALLS

KEMBALI  mengupdates...Kali ini giliran Bebola Daging atau Meatballs.  Walaupun ianya tidak sesedap Chef Anne Burrell dari www.foodnetwork.com, tapi bolehlah untuk hidangan keluarga kami.

Resepi :  Sumber www.foodnetwork.com

Bahan bahan:
Extra Virgin Olive Oil -Untuk menumis
1 Labu Bwg Besar-Kuning dicincang kecil
2 Ulas Bawang Putih -dicincang halus
2 Bj Lada Merah-dicincang
1 St Serbuk lada hitam
1/2 Kg Daging Lembu-dicincang
1/2 Caw Daging Lembu kisar(Jenama Ramly)
2 Bj telur
1/4 Caw pasli-cincang halus
1 Caw Serbuk Roti
1/2 Caw air
1 Caw Parmigiano/Parmesan dicincang

Cara Mambuatnya:
1.  Tumis Bawang Besar dan Bawang Putih sampai layu dan masukkan Lada Merah.  Tutup api ketepikan.
2.  Dalam mangkuk sebatikan daging, telur Parmesan, pasli dan Serbuk Roti.  Gaul dengan tangan biar betul sebati.
3.  Tambahkan campuran bawabg tadi dan garam. Gaul lagi.  Masukkan air biar agak lembab.
4.  Panaskan oven
5.  Bulatkan adunan sebesar bola golf. Atau terpulang saiz yang dikehendaki.  Tumiskan bebola dengan Olive Oil sampai perang selama lebih kurang 15 min.
5.  Toskan minyak dan masuk dalam caserol, bakar lagi lebih kurang 15 min.
*   Boleh terus hidang dengan sos yang digemari atau dibekukan untuk simpanan.
*   Penyediaan Sos boleh semak entri sebelumnya.  Selamat mencuba.

CEKODOK PISANG

SALAM SEJAHTERA kepada semua.  Macamana nak buat Cekodok Pisang yang gebu dan marbeles macam Pak Chik yang bawah UOA Bangsar tu...Tolong ajarkan sesiapa yang arif tu.  Saya inilah seadanya Cekodok Pisang untuk breakfast tambah dengan Eggmayo Sandwich yang sedap tak ingat kata orang rumah.


Resepi :
Bahan bahannya
4-5 Biji Pisang Emas -Dilecek
2 Sb Gula Perang
2 Caw Tepung Gandum
2 Caw Air panas
1st Bikatbonat
Secubit Garam

Gaul kesemua bahan di atas, seabtikan dan biarkan selama 15 minit dgn adunan tertutup.  Lepas itu goreng dalam minyak tenggelam.  Jangan tinggal ye takut hangus.  Balik balikan semasa menggoreng.


Kawinkah dengan Eggmayo Sandwich untuk menambah seri di pagi hari.
Bagi anak anak dara kalau tak tau nak buat ni silalah cuba buat ye.  Kalau tak tak yahle berangan nak kawin sb buat Cekodok ni lah yang paling simple dimple. Setakat beli peket segera Adabi sesaper pun boleh kan...


AYAM GORENG BEREMPAH DAUN KARI

SALAM SEJAHTERA SEMUA.  Hari hari makan ayam jemu jugakan...tapi kami seisi keluarga memang suka Ayam Goreng Berempah.  Kalau goreng kunyit je alamat sampai ke esok hari masih berbaki.  Jom buat resepi ni.  Sebenarnya setiap orang mempunyai cara berbeza tapi bahan asasnya mesti samakan..Mari kita cuba.  Ini resepi orang tua dulu dulu.


Semak Resepi:

Bahan bahannya
1/2 Ekor Ayam - dipotong kecil
2 St Ketumbar
2 St Jintan Manis
2 Hiris Halia
2 Biji Cili Kering
2 Batang Serai
2 Labu Bawang Besar
2 St Gula
Secekak daun kari

Penyediaan:
Ayam dibersihkan dengan melumurkan dgn sedikit tepung. Toskan.
Blendkan semua bahan bahan kecuali gula dan daun kari.
Gaulkan bersama ayam tadi.  Masukkan garam dan gula. Letak secubit serbuk kunyit bagi mencantikkan warnanya bila menggoreng.
Tutup dengan aluminium foil dan perap dalam peti sejuk lebih kurang sejam.
Goreng dengan minya penuh.  Bila dah garing terus masukkan daun kari, biar daun kari garing baru angkat.