Oleh kerana teringin yang membuak buak, pagi ini saya terus mereka reka resepi nak buat ni. Siap 'call' Bunda kat kampung untuk memastikan cara membuatnya. Rupanya memang caranya berbeza sedikit daripada apa yang saya fikirkan. Nasi baik dapat 'confirm' dahulu sebelum buat. Hehehe kalau tak entah apa apa yang jadi.
Dedulu kat kampung memang inilah yang kami adik beradik gemar makan, kalau boleh tetiap hari pun tak apa.
Resepi : Olahan sendiri dgn bantuan Bunda
Bahan-bahannya:
2 caw beras pulut - perlulah direndam lebih kurang 30 min.
2 sb gula
2 sb minyak jagung (sya tambah)
3 kerek nise ( kalau tak ada boleh guna gula kabung/Melaka)
5 helai daun pandan
secubit garam
1/2 bj kelapa parut (putih) dikukus - untuk tabur
Cara-cara membuatnya:
Masak beras pulut dgn anggaran air lebih sikit dari paras beras. Sesudah masak angkat dan splash dgn minyak jagung, balik balikkan pulut.
Hiris atau parut (lagi senang) nise atau gula kabung halus halus. Gaulkan nise bersama pulut tadi sampai sebati iaitu warna cokelat keseluruhannya.
Panaskan pengukus dan alaskan dengan daun pandan. Kukuslah pulut selama lebih kurang 15 min.
Angkat dan sendukkan atas piring baru tabur kelapa parut yang telah dikukus bersama secubit garam.