Saturday, January 10, 2015

SUP MAKANAN LAUT a.k.a TOMYAM PUTIH

SEKARANG INI suka masak yang tidak berlemak.  Kali ni jom buat Sup Makanan Laut ni...Selera juga bila kena dengan nasi panas.  Ada lauk sampingan iaitu Ayam Masak Merah dan Cendawan goreng.  Mari kita cuba masakan yang simple dan sesiapa pun saya rasa tahu cara nak masak ni.

Ini versi yang tidak pedas, memang sesuai untuk menjamu anak anak. 


Semak Resepi:

10 ekor udang yang agak besar-potong bekalang dan keluarkan urat
5 ekor sotong- bersihkan dan potong ikut kegemaran
1 caw santan
4 ulas bawang putih -diketuk
2 labu bawang besar-dipotong baji
1 bj tomato - potong baji
1 batang sawi atau boleh juga kobis atau apa apa sayur
2 btg serai 
2 helai daun limau purut
2 hiris lengkuas - dititik
2 hiris halia-diketuk
3 bj cili padi-diketuk

Cara membuatnya:
1.  Masukkan 4 gelas air masak kedalam periuk,  Masukkan bawang putih, lengkuas, serai, halia dan daun limau purut. 
2.  Bila dah agak agak nak menggelegak masukkan udang dan sotong.  Masukkan tomato dan sayur serta bawang besar.
3.  Masukkan santan dan kacau jgn berhenti.  Masukkan garam.

EGGMAYO HOTDOG

SALAM SEJAHTERA, apa khabar..diharap semuanya sihat.  Bagi ibu ibu yang bekerja di hari minggu ni lah ada lebih masa untuk masak bermacam juadah untuk suami dan anak anak kan.  Bagi surirumah pula hari minggu sebegini adalah masa sikit untuk berehat bersama orang tersayang.

Bagi saya apa yang dimasak itu semistinya simple dimple.  tak nak serabutkan kepala dengan susah susah pikir pasal juadah ni.  Kadang kadang main hentam keromo saja.

Jom tengok yang ni.  Cepat dan ringkas je nak membuatnya.


Semak Resepi:

2 bj roti hotdog gardenia
2 btg hotdog - direbus seminit
2 bj telur
1 labu bwg besar - potong kiub
2 sb mayonis
Sedikit mixed vegi
Serbuk lada sulah, butter, sos lada hitam dan sedikit garam

Tumis bawang dengan olive oil, masukkan telur dan kacau hancur.
Masukkan mixed vegi dan mayonis. Kacau lagi.  akhir sekali masukkan serbuk lada sulah, sos lada hitam dan garam.  Kepada yang ingin pedas bole letak cili potong.
Belah dua roti dan sapu butter,  letak hotdog dan adunan eggmayo tadi.  Letak sos cili di atasnya.


Kegemaran budak budak tadika ni.


Kadang kadang malas nak keluar minum pagi, kami sekeluarga lebih suka negeteh di rumah saja.