Monday, November 24, 2014

BERGEDIL

AS SALAM, entah kenapa sekrang ni saya kerap masak bergedil ni.  Mungkin sebab cara penyediaannya yang mudah dan cepat.  So sapa sapa yang tak tahu buat bergedil ni sila angkat tangan..hehehe.  Rasanya saya sudah tepek resepi buat bergedil ni tapi tak apa bagi yang baru nak mencuba buat dipersilakan.


Bahan bahannya:
5 Ketul ubi kentang
1 caw daging cincang - boleh tukar kepada ayam
2 sb tepung serbaguna Adabi
1 labu bawang besar- kuning- potong kiub
2 bj lada merah -hiris bulat
1 bj lada hijau-hiris bulat
Secekak daun bawang atau daun sup - di hiris anggaran saiz cili tadi
1 bj telur- pukul ringan
Garam secukup rasa

Cara cara membuatnya:
Ubi Kentang dihiris nipis nipis dan goreng 3/4 masak.  Seterusnya tumbuk sampai hancur. 
Campurkan kesemua bahan di atas kecuali telor.
Sebatikan kesemua bahan dan bentukkan bulat mengikut saiz yg digemari.  Sekiranya adunan melekat pada jari silalah guna sarung tangan plastik yg khas untuk menyediakan makanan.
Seterusnya celup adunan bulat tersebut kedalam telor dan goreng sampai garing.
angkat dan toskan di atas tisu dapur atau apa saja yang anda guna untuk serap baki minyak.