Salam Sejahtera,
Cendawan Goreng Tepung ni boleh dikatakan tiap tiap minggu ada saya masak sampingan atau pelengkap kepada menu kami. Simple jer cara nak masak ni dan tidak menggambil masa yang lama.
Semak Resepi yang simple dimple:
1 peket cendawan - siat dan toskan sampai kurang basah
1 biji telur - pukul lembut
1/2 caw tepung goreng pisang Adabi
3 sb tepung goreng serbaguna Adabi
Minyak secukupnya.
Caranya: Cendawan yang telah disiat tu cicelup dalam adunan telur tadi dan terus gaul dalam adunan tepung dan terus goreng tenggelam.
Biar garing dan angkat. Tadaaa siap.
Showing posts with label TAMBAHAN. Show all posts
Showing posts with label TAMBAHAN. Show all posts
Thursday, January 1, 2015
Tuesday, December 2, 2014
DIM SUM DENGAN PLUM SOS
ASALNYA ialah makanan atau hidangan ringan masyarakat cina. Ianya boleh dibuat dengan daging, sayur atau seafood. Saya beli aje dekat kedai Halal Mart. Hanya kukus dan sediakan sos.
Monday, December 1, 2014
SIMPLE SAUTEED MUSHROOMS
AKIBAT dari suka selongkar saya dapat satu resepi yg amat mudah. Cepat untuk disediakan hanya mengambil masa 5 minit sahaja. Sauteed Mushrooms ni boleh dimakan dengan nasi tapi bagi saya ianya amat sedap bila dijadikan topping kepada ayam atau daging (upss saya tak makan daging) dan salad dan kapit dengan roti.
Resepi : www.foodnetwork.com
Olahan : erramasak
Bahan bahannya:
10 bj Mushrooms - fresh atau bole guna yang dalam tin - dipotong nipis (saya guna sebiji sebiji)
3 st Butter
3 st Olive Oil
Dried Herbs
Garam secukup rasa
Bawang putih (saya tambah)
Cili hijau (saya tambah)
Cara cara:
Tumis bawang putih dgn Olive Oil, terus masukkan mushrooms dan kacau biar ianya masak dan lembut. Masukkan butter dan kacau lagi. Tabur dgn herbs dan garam. Siap dah.
Resepi : www.foodnetwork.com
Olahan : erramasak
Bahan bahannya:
10 bj Mushrooms - fresh atau bole guna yang dalam tin - dipotong nipis (saya guna sebiji sebiji)
3 st Butter
3 st Olive Oil
Dried Herbs
Garam secukup rasa
Bawang putih (saya tambah)
Cili hijau (saya tambah)
Cara cara:
Tumis bawang putih dgn Olive Oil, terus masukkan mushrooms dan kacau biar ianya masak dan lembut. Masukkan butter dan kacau lagi. Tabur dgn herbs dan garam. Siap dah.
Wednesday, November 26, 2014
SPICY CORNFLAKES BILIS
MASAKAN Yang simple dan cepat lagi. Jajan ini biasanya digemari oleh kanak kanak. Tapi kalau kat rumah ni seisi rumah semua gemar. Asalnya makan dari dapur www.facebook.com/zafeeraboutique.as Terima kasih adindaku kerana beri rasa jajan ni.
Yang ni versi yang pedas-ada tambahan cili kering.
Rangup & berempah
Yang ni versi kanak kanak-tidak pedas.
Bagi mak mak yang bekerja tu bolehlah cuba buat ni untuk anak anak di rumah.
Bahan bahannya:
1 Kotak Cornflakes
1 Cawan ikan bilis
5 Biji cili kering
2 St Jintan manis - ditumbuk kasar
2 St Ketumbar - ditumbuk kasar
2 St Biji sawi
1 St Serbuk kunyit
1 St Serbuk kari ikan - kalau suka
Secubit kiub bilis
Garam dan gula secukup rasa
Panaskan minyak anggaran 1/4 cawan, tumis kesemua bahan kecuali cornflakes. Last sekali baru masukkan cornflakes dan kacau sebati dengan cepat. Elakkan dari hangus ye.
Monday, November 24, 2014
BERGEDIL
AS SALAM, entah kenapa sekrang ni saya kerap masak bergedil ni. Mungkin sebab cara penyediaannya yang mudah dan cepat. So sapa sapa yang tak tahu buat bergedil ni sila angkat tangan..hehehe. Rasanya saya sudah tepek resepi buat bergedil ni tapi tak apa bagi yang baru nak mencuba buat dipersilakan.
Bahan bahannya:
5 Ketul ubi kentang
1 caw daging cincang - boleh tukar kepada ayam
2 sb tepung serbaguna Adabi
1 labu bawang besar- kuning- potong kiub
2 bj lada merah -hiris bulat
1 bj lada hijau-hiris bulat
Secekak daun bawang atau daun sup - di hiris anggaran saiz cili tadi
1 bj telur- pukul ringan
Garam secukup rasa
Cara cara membuatnya:
Ubi Kentang dihiris nipis nipis dan goreng 3/4 masak. Seterusnya tumbuk sampai hancur.
Campurkan kesemua bahan di atas kecuali telor.
Sebatikan kesemua bahan dan bentukkan bulat mengikut saiz yg digemari. Sekiranya adunan melekat pada jari silalah guna sarung tangan plastik yg khas untuk menyediakan makanan.
Seterusnya celup adunan bulat tersebut kedalam telor dan goreng sampai garing.
angkat dan toskan di atas tisu dapur atau apa saja yang anda guna untuk serap baki minyak.
Subscribe to:
Posts (Atom)











