Showing posts with label SAYURAN. Show all posts
Showing posts with label SAYURAN. Show all posts

Sunday, December 14, 2014

KACANG GORENG BERSAMA UDANG NASI

BOLEH dikatakan masakan yang digemari keluarga dan amat amat senang untuk disediakan.  Kacang Panjang goreng bersama Udang  Nasi.  Udang ni ialah udang kecil yang putih.  Digunakan untuk rencah sayur biasanya.  Jenuh juga nak membersihkannya sekiranya beli 1/2 kg.


Bahan bahannya:
Seikat Kacang Panjang- dalam RM2-dipotong pendek
1/4 kg Udang Nasi
2 Keping Tauhu basah-Potong kiub dan goreng 1/2 masak
2 Ulas bawang Merah
2 Ulas bawang Putih
Secubit Kiub Pati Bilis
1 St Sos Tiram
1 Hiris Lengkuas *optional
1 Btg Serai 



Saturday, December 6, 2014

PERIA MASAK LEMAK CILI API

SALAM SEJAHTERA.  Teringin masak lemak Peria Katak ni bila tengok kat gerai gerai ada masak, tapi saya tekak ni tak berapa lalu, nak sendiri juga yang masak.  Campur udang memang terbaekkk.





Monday, December 1, 2014

SIMPLE SAUTEED MUSHROOMS

AKIBAT dari suka selongkar saya dapat satu resepi yg amat mudah. Cepat untuk disediakan hanya mengambil masa 5 minit sahaja. Sauteed Mushrooms ni boleh dimakan dengan nasi tapi bagi saya ianya amat sedap bila dijadikan topping kepada ayam atau daging (upss saya tak makan daging) dan salad dan kapit dengan roti.

Resepi : www.foodnetwork.com
Olahan : erramasak

Bahan bahannya:
10 bj Mushrooms - fresh atau bole guna yang dalam tin - dipotong nipis (saya guna sebiji sebiji)
3 st Butter
3 st Olive Oil
Dried Herbs
Garam secukup rasa
Bawang putih (saya tambah)
Cili hijau (saya tambah)

Cara cara:
Tumis bawang putih dgn Olive Oil, terus masukkan mushrooms dan kacau biar ianya masak dan lembut.  Masukkan butter dan kacau lagi.  Tabur dgn herbs dan garam. Siap dah.

Friday, November 21, 2014

GORENG LEMAK TEMPE KACANG PANJANG

RESEPI ini juga kahas untuk para isteri yang sentiasa sibuk bekerja dan mempunyai luang masa yang terbatas untuk kedapur.  Selalunya kita masak tempe goreng kan..tapi kalau selalu masak tempe goreng atau sambal tempe nanti 'orang rumah' komplin pulak.  Mari kita ubah sikit jadi 'Goreng Lemak Tempe bersama Kacang Panjang'.

Resepi & Olahan : erramasak

1 paket tempe - potong anggaran seinci
2 keping tauhu basah - potong sesaiz dengan tempe
10 ekor udang sederhana besar - dibersihkan/dibuang kulit
1 paket cendawan
10 btg kacang panjang - dipotong pendek
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 bj cili merah hidup
1 caw santan pekat

Cara cara penyediaan:
1.  Goreng tempe dan tauhu sampai agak garing - ketepikan
2.  Dalam minyak yang sama tumis bawang putih dah bawang merah, masukkan udang dan kacang panjang.
3.  Masukkan cendawan, cili merah.  Masukkan garam
4.  Masukkan tempe dan tauhu yang telah digoreng tadi.
5.  Akhir sekali masukkan santan pekat, kacau sebati dan tutup api.




Saturday, September 1, 2012

BENDI GORENG UDANG KERING

KACANG BENDI adalah sejenis sayuran yang senang diperolehi terutamanya di pasar-pasar.  Kadang-kadang saya rabun mata bila tengok Kacang Bendi dipasarkan, bertimbun.  Segar menghijau.  Kebiasaannya saya bila nak membelinya terpaksa mematahkan sedikit pada hujung (bukn sebelah tangkai).  Sekiranya patah elok maka ianya masih muda sebaliknya kalau liat untuk patah jangan beli.

Enak digoreng untuk juadah tambahan pada lauk.  Kadang-kadang saya masak asam pindang saja.  Sedap juga kalau masukkan dalam kari ikan atau masak asam pedas ikan.

 
Photo dari @Google:)-

 
 
 
Bendi Goreng Udang Kering
 
Bahan-bahannya:
 
Seikat Kacang Bendi - Potong dan cuci bersih- perlu dikikis sedikit kulitnya kerana mempunyai bulu halus yang tidak selesa bila dikunyah.
 
5 Ulas Bawang Putih - dihiris-hiris
2 Ulas Bawang mera -dihiris bulat
2 Sudu besar Udang Kering
1 Sudu besar Tauchu
1 Sudu besar Sos tiram
2 Sudu besar Cili Merah digiling
Garam secukup rasa
 
Tumiskan kesemua bahan-bahan, last baru masukkan Kacang Bendi.  Sekiranya perlu lembab masukkan sedikit air.
 
 


Sunday, July 8, 2012

Masak Lemak Pucuk Ubi dan Cendawan

Jom kita kongsi resepi ni,  sebenarnya semua orang tahu masak lemak pucuk ubi ni kan..kalau cam tu kita tengok gambar je lah.


BHN-BHN:

1. Secekak pucuk ubi (kalau beli kena seikat-mana ada orang jual secekak)
2. Sepeket cendawan (apa-apa jenis)
3. 2 Caw santan
4. Segenggam ikan bilis
5. 1 sk ketumbar, 1 sk kunyit serbuk
6. 1 ulas bwg putih, 2 ulas bwg merah
6. Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Celor pucuk ubi (agak-agak empuk) , cuci cendawan dan siat.
2. Tumbuk ketumbar, masuk bwg putih, bwg merah, kunyi dan ikan bilis.  Tumbuk jangan terlalu hancur
3. Masukkan pucuk ubi yg telah dicelor dlm periuk dan masukkan santan.
4. Masukkan semua bahan tumbuk.
5. Masukkan cendawan yg telah ditoskan airnya. Kacau sampai mendidih, masukkan garam dan potong lada merah. Siap dah.