Monday, December 1, 2014

SIMPLE SAUTEED MUSHROOMS

AKIBAT dari suka selongkar saya dapat satu resepi yg amat mudah. Cepat untuk disediakan hanya mengambil masa 5 minit sahaja. Sauteed Mushrooms ni boleh dimakan dengan nasi tapi bagi saya ianya amat sedap bila dijadikan topping kepada ayam atau daging (upss saya tak makan daging) dan salad dan kapit dengan roti.

Resepi : www.foodnetwork.com
Olahan : erramasak

Bahan bahannya:
10 bj Mushrooms - fresh atau bole guna yang dalam tin - dipotong nipis (saya guna sebiji sebiji)
3 st Butter
3 st Olive Oil
Dried Herbs
Garam secukup rasa
Bawang putih (saya tambah)
Cili hijau (saya tambah)

Cara cara:
Tumis bawang putih dgn Olive Oil, terus masukkan mushrooms dan kacau biar ianya masak dan lembut.  Masukkan butter dan kacau lagi.  Tabur dgn herbs dan garam. Siap dah.

No comments:

Post a Comment