Sunday, December 7, 2014

KARIPAP TELUR RANGUP

AMALKAN makanan dari rumah memang terbaekk.  Karipap ni memang sesuai untuk minum petang.  Orang rumah saya panggil ini Karipap Giant.  Saiznya agak besar, bila nak makan kena potong tak boleh main gigit gitu aje.  Cicah sos cili kering yang dibuat sendiri memang kick le.


Sayangnya hanya satu photo yang dapat saya kongsikan.  Kekangan masa katakan.

Sumber Resepi : Ibu Mertuaku

Bahan Bahan untuk kulit karipap:
250 gram tepung gandum
1 senduk minyak masak -panaskan terlebih dahulu.  Saya guna mentega yang dicairkan
1 cawan air yang dicampur dengan 1 st garam

*Boleh juga campur tepung beras dan tepung ubi untuk menambah keranggupan, anggaran 2 sudu besar.

1.  Masukkan tepung kedalam mangkuk, masukkan minyak. Gaul dengan sudip kerana minyak masih panas.  Uli doh dan masukkan sedikit demi sedikit air tadi.  Uli sebati dan tidak melekat pada tangan dan biarkan selama 15 minit.
2.  Canai doh sehingga menjadi kulit.
3.  Jadikan ianya bulat-bulat ikut saiz yang dikehendaki
4.  Uli lagi doh yang bulat sampai nipis.


Ayam Hot Peri Peri

PERTAMA KALI MASAK Ayam Hot Peri Peri ni.