Sayangnya hanya satu photo yang dapat saya kongsikan. Kekangan masa katakan.
Sumber Resepi : Ibu Mertuaku
Bahan Bahan untuk kulit karipap:
250 gram tepung gandum
1 senduk minyak masak -panaskan terlebih dahulu. Saya guna mentega yang dicairkan
1 cawan air yang dicampur dengan 1 st garam
*Boleh juga campur tepung beras dan tepung ubi untuk menambah keranggupan, anggaran 2 sudu besar.
1. Masukkan tepung kedalam mangkuk, masukkan minyak. Gaul dengan sudip kerana minyak masih panas. Uli doh dan masukkan sedikit demi sedikit air tadi. Uli sebati dan tidak melekat pada tangan dan biarkan selama 15 minit.
2. Canai doh sehingga menjadi kulit.
3. Jadikan ianya bulat-bulat ikut saiz yang dikehendaki
4. Uli lagi doh yang bulat sampai nipis.
No comments:
Post a Comment