Showing posts with label SEAFOOD. Show all posts
Showing posts with label SEAFOOD. Show all posts

Saturday, January 10, 2015

SUP MAKANAN LAUT a.k.a TOMYAM PUTIH

SEKARANG INI suka masak yang tidak berlemak.  Kali ni jom buat Sup Makanan Laut ni...Selera juga bila kena dengan nasi panas.  Ada lauk sampingan iaitu Ayam Masak Merah dan Cendawan goreng.  Mari kita cuba masakan yang simple dan sesiapa pun saya rasa tahu cara nak masak ni.

Ini versi yang tidak pedas, memang sesuai untuk menjamu anak anak. 


Semak Resepi:

10 ekor udang yang agak besar-potong bekalang dan keluarkan urat
5 ekor sotong- bersihkan dan potong ikut kegemaran
1 caw santan
4 ulas bawang putih -diketuk
2 labu bawang besar-dipotong baji
1 bj tomato - potong baji
1 batang sawi atau boleh juga kobis atau apa apa sayur
2 btg serai 
2 helai daun limau purut
2 hiris lengkuas - dititik
2 hiris halia-diketuk
3 bj cili padi-diketuk

Cara membuatnya:
1.  Masukkan 4 gelas air masak kedalam periuk,  Masukkan bawang putih, lengkuas, serai, halia dan daun limau purut. 
2.  Bila dah agak agak nak menggelegak masukkan udang dan sotong.  Masukkan tomato dan sayur serta bawang besar.
3.  Masukkan santan dan kacau jgn berhenti.  Masukkan garam.

Thursday, January 1, 2015

TOMYAM CAMPUR

AsSalamualaikum wbt semua.  Sesekali masak tomyam umphh jugak kan.  Yela selalu kari, masak lemak jemu rasa.  Kali ni kita masak Tomyam Campur.  Jom tengok.

Sebenarnya lagi pedas lagi umphh..tapi anak saya ni tak suka pedas nanti kepala dia jadi gatal bila makan pedas.  Pelik kan..tapi benar.

Semak Resepi:
1 keping dada ayam -dipotong kecil kecil
1/2 kg udang - saiz sederhana
1/4 kg lala
1 bungkus cendawan
1 bungkus peas
4 ulas bawang putih- diketuk
2 batang serai-dititik
2 hiris lengkuas - kalau tak letak ayam tak payah letak lengkuas-*petua emak
2 hiris halia
2 sb tomyam paste
5 bj cili api-nak pedas letak lebih
1 pokok ketumbar

Cara cara membuatnya:
1.  Tumis bawang putih sampai naik bau,  masukkan air secukupnya, masukkan halia dan lengkuas dan serai tunggu sampai menggelegak.
2.  Masukkan tomyam paste, ayam, udang dan lala. Reneh sebati.
3.  Masukkan cendawan, peas, cili api.  Akhir sekali masukkan garam. Jangan biar terlalu lama.




Monday, December 1, 2014

UDANG GALAH MASAK RENDANG DARAT

ADA seorang kenalan yang baik hati memberi udang galah yang agak besar saiznya, lebih kurang sebesar lengan baby.  Lama dok fikir nak goreng ke or nak masak sambal.  Teringat dulu dulu pernah makan 'orang rumah bos' saya masak dan kirim untuk saya rasa, katanya Udang Galah masak rendang Perak.  Biar saya cuba ala ala dia masak ni.

Bahan bahannya:
2 Ekor Udang Galah-saiz besar- bersihkan
1 Peket cendawan -di siat siat - dibersihkan
1 ketul kecil kunyit hidup-ditumbuk
1 Caw Santan Pekat
2 Sb Kerisik
1 Helai daun kunyit
1st biji ketumbar -ditumbuk
2 ulas bawang putih-tumbuk
3 Ulas bawang merah-tumbuk
2 sb Cili kisar
Cara membuatnya:
Tumiskan bahan tumbuk dan cili kisar.
Masukkan santan pekat.
Masukkan Udang Galah, kacau sebatikan dengan santan.
Masukkan Cendawan dan balik balikkan.
Seterusnya masukkan daun kunyit dan kerisik.
Rasalah garamnya.  Biarkan sampai agak pekat baru angkat.


Tertenggek jer kat pinggan.  Tapi malangnya saya tak terliur ni.  Saya tak makan ikan atau udang yang besar.



Saturday, November 22, 2014

UDANG GORENG TELUR ASIN

SEBAGAI ibu kita kalau tak kedapur tu rasa amat janggal la kan.  Saya selalu mencuba resepi dari www.kongsiresepi.com.  Tapi selalu tengok resepi yang paling simple dan cepat untuk membuatnya.  Kali ini saya cuba goreng udang dengan telor asin/telor masin.  Nak dapatkan feedback dari orang rumah.  Malangnya my boys geleng kepala.  Makan tetap makan tapi hanya sekadar tanpa ada kata kata..mommy nanti masak ni lagi.  Tak apa mari kita tengok ye.  Kepada yang ingin mencuba tu silakan, mana tahu anda akan dapat maklum balas yang positif.


Bahan Bahan:
1/2 kilo udang -diletak sedikit garam dan kunyit
1 bj telor asin - di rebus dan di hancurkan
1 bj telor -di pukul sederhana
2 sb butter
2 sb susu cair
1 pelepah kecil daun kari

Cara cara:
Udang digoreng bersama butter.  Bila setengah masak masukkan telor dan kacau laju laju.
Masukkan susu cair dan kacau lagi.  Biar agak pekat baru masukkan telor asin tadi.
Kacau sebati dan tabur dengan daun kari.



Saturday, November 15, 2014

LALA GORENG SOS TIRAM

Lala ni salah satu kegemaran kat rumah ni la kan.  Tapi my boys ni suka ratah, so apabila makan nasi diorang akan ketepikan Lala ni untuk makan di pengakhiran sekali.

Sumber Resepi :  erramasak
1 Kg Lala- dikepak dan bersihkan
2 btg serai - dititik
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili pada
2 sb sos tiram
2 st tepong jagung -bancuh dgn 1/2 cawan air suam
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:
Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk,  masukkan cili padi yang telah ditumbuk sedikit agak agak terbelah. Masukkan serai serta sos tiram.
Seterusnya masukkan Lala dan kacau.  Masukkan garam.
Akhir sekali masukkan tepong jagung yang telah dibancuh tadi.  Tutup api.




Friday, November 2, 2012

KETAM MASAK LEMAK KUNING

JUADAH LAUK yang menjadi kegemaran si bujang saya. Kadang-kadang ubah selera sebab selalunya saya buat sup halia ketam ni.  Kalau setakat 4 ekor ketam ni hanya untuk si bujang aje so kalau kami suami isteri nak join kena beli lebih.

 
 
Bahan-Bahan
 
1.   4 ekor ketam sederhana besar (Bersihkan dan buang cengkerangnya)
2.   6 Ulas bawang merah
3.   2 Ulas bawang putih
4.   Sebatang serai (dititik)
5.   Sehiris lengkuas
6.   1 St ketumbar ; sedikit serbuk kunyit
7.   3 biji ubi kentang dipotong baji
8.   4 senduk santan.  Sekiranya puan2 ingin menggunakan santan kotak, pakai sekotak dan tambah air sekotak yang sama.
9.   Garam
 
Cara-cara:
 
1.    Toskan ketam
2.    Masukkan Ubi kentang dalam periuk
3.    Tumbuk bawang merah, bawang putih, lengkuas, ketumbar dan masukkan kedalam periuk tadi
4.    Masukkan santan, kunyit dan serai, masak dengan mengacau perlahan-lahan. Bila sekali mengelegak masukkan ketam yang ditoskan tadi, rasalah garamnya.  Biar sekejap mengelegak terus padam api. Seafood tidak elok masak lama-lama.