Bahan-Bahan
1. 4 ekor ketam sederhana besar (Bersihkan dan buang cengkerangnya)
2. 6 Ulas bawang merah
3. 2 Ulas bawang putih
4. Sebatang serai (dititik)
5. Sehiris lengkuas
6. 1 St ketumbar ; sedikit serbuk kunyit
7. 3 biji ubi kentang dipotong baji
8. 4 senduk santan. Sekiranya puan2 ingin menggunakan santan kotak, pakai sekotak dan tambah air sekotak yang sama.
9. Garam
Cara-cara:
1. Toskan ketam
2. Masukkan Ubi kentang dalam periuk
3. Tumbuk bawang merah, bawang putih, lengkuas, ketumbar dan masukkan kedalam periuk tadi
4. Masukkan santan, kunyit dan serai, masak dengan mengacau perlahan-lahan. Bila sekali mengelegak masukkan ketam yang ditoskan tadi, rasalah garamnya. Biar sekejap mengelegak terus padam api. Seafood tidak elok masak lama-lama.
No comments:
Post a Comment