Tuesday, December 2, 2014

NASI IMPIT KUAH KACANG & RENDANG AYAM

SALAM Sejahtera semua, diharap anda semua dalam situasi yang menyenangkan.  Bagi mak mak yang sibuk melayan anak anak di percutian sekolah kali ini tentu tengah fikir apa nak masak untuk breakfast pagi ni.  Kisah memasak Nasi Impit & Kuah Kacang & Rendang Ayam ini memang tidak simple & easy sebenarnya.  Saya memasak Rendang dan Nasi Impit (Nasi Kapit - kata orang Pantai Timur) pada malamnya.  Keesokkan harinya hanya tumis Kuah Kacang sahaja. Jom buat kawan kawan.

Resepi Kuah Kacang

1/2 Kg Kacang Tanah - digoreng dan buang kulit-kisar jangan terlalu halus
4 Biji Bawang Besar Kuning- dipotong kiub
2 Ulas Bawang Putih - kisar
2 cm Halia - dikisar
2 cm Lengkuas - dikisar
10 Biji Cili Kering - dikisar - kurangkan kalau tak suka yang pedas
2 Batang Serai - dikisar- boleh juga diketuk sahaja
1 Kerek nise -atau Sedikit Gula Kabung
Sekeping Asam Gelugur
Garam secukupnya

Cara Membuatnya:
1.  Tumis Bawang Besar kiub tadi hingga perang dan masukkan bahan kisar.  Kacau sebati sampai naik bau.
2.  Masukkan Kacang Tanah yang telah dikisar. Kacau sebati.
3.  Masukkan Nise atau Gula Kabung , Serai dan Asam Gelugur. Kacau sambil masukkan air.  Agak agak jangan pekat sangat.
4.  Rasa garamnya.



No comments:

Post a Comment