Giliran memasak makan pagi sampai tengahari, kawasan rumah mengalami catuan air spt Sabtu,Ahad tiada air kemudian Isnin, Selasa ada air begitulah seterusnya. Syukur sebab ada juga wp selang dua hari. Maka aktiviti dapur pun dikurangkan. Masak Spegeti taruk meatballs jer. Anak sy tidak cerewet kalau dihidangkan pasta.
Ianya agak kering sedikit setelah dipanaskan di Microwave.
Bagi yang berminat untuk menyemak cara membuatnya, dipersilakan.
1. Lidi Spegeti secukupnya
2. Meatball secukupnya
3. Sausage (beef) 5 batang dipotong serong
4. Broccoli ( kali ni sy tak taruk ni sb kehabisan)
5. White Cream (secawan susu fresh uht + 1 st tepong jagung)-boleh juga guna sup cendawan dlm tin
6. Bwg putih - diketuk dan cincang
7. 2 sb sos blackpaper dan oyster, sedikit kicap (untuk nampak sedikit warna brown)
Cara memasak:
1. Rebus lidi spegeti, bila lembut toskan.
2. Tumiskan bawang putih dgn sedikit minyak jagung sekejap dan masukkan meatballs, tumis sampai bawang dan meatballs agak garing kekuningan.
3. Masukkan Sos yang dua jenis itu dan kicap, Masukkan sepegeti dan sausage, kacau. Masukkan garam.
4. Masukkan cream dan kacau hingga agak pekat, masukkan broccoli. Tutup air dan tabur daun oregano kering serta parsley kering.
No comments:
Post a Comment