Bahan-bahannya:
250 gram mentega-(kalau ingin rasa yang lebih umpph gunalah mentega yang berjenama dan mahal sedikit harganya, Tapi AWAS! jangan beli jenama yang jarang kita nampak di pasaran)
180 gram gula ising
2 kuning telor +1 (utk sapuan)
250 gm tepung ubi- (jemur dahulu atau disanggar selama 15 mins)
225 gram tepung jagung
0.5 st bikarbonate of soda
0.5 st baking powder
secubit garam
70 gm parutan keju cheddar (untuk ditabur di atas biskut)
Cara-cara membuatnya:
1. Pukul mentega dan gula ising sampai berkerim, fluffy putih. Masukkan kuning telor dan terus memukul.
2. Tepung Ubi dan tepung jagung dicampur bersama dan diuli dengan adunan mentega. Jadikan sebati.
3. Masukkan sedikit parutan cheese sekiranya suka.
4. Canai setebal lebih kurang 1.8cm dan teraplah ikut kegemaran masing2. Sapukan dengan kuning telor seterusnya tabur dengan parutan keju. Bakar 15 mins 160C.
No comments:
Post a Comment