Sebenarnya ada lagi lauk dan sambal sebagai timbalan kepada nasi tengahari ini. Tapi mari kita tengok penyediaan ayam ni dengan cara ringkas saya iaitu cara membakar atau memanggang. Ayam Penyet sebenar cara menggoreng. Jom kita tengok jadi ke idak ni.
Panggang dengan kuali ajaib
Bahan bahannya:
2 ketul ayam yang di potong 4 -bersihkan
2 in halia - untuk kukus ayam
1 st serbuk kunyit - untuk kukus ayam
secubit garam
Bhn celupan ayam:
1 caw santan atau boleh tukar dgn susu cair
1/2 caw tepung beras
1st brown sugar
Cara cara:
Ayam yang telah dikukus 1/2 masak diangkat dan toskan. Baki air kukusan jangan dibuang. Masukkan santan, tepung beras dan gula. Kacau sebati agak kepekatan melekat bila celup ayam.
Panaskan minyak (sekiranya anda ingin guna kaedah menggoreng). Kali ini saya menggunakan magic pan.
Celup ayam kedalam bahan ini dan terus menggoreng/membakar.
Simplekan. Selamat mencuba ye.
No comments:
Post a Comment