Sila abaikan brocilli tumis tu, ianya pelengkap lunch untuk hari ini.
Resepi : Olahan Sendiri
Bhn-Bhnnya:
1/2 ekor ayam dipotong kecil
1 caw santan
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1st bj ketumbar
2 hiris lengkuas
2 btg serai dititik
5 bj cili api-hijau & merah -ikut kepedasan masing masing
1 helai daun kunyit
sedikit kunyit serbuk, garam
Cara-cara membuatnya:
1. Ayam yg telah dibersihkan di masukkan kedalam belanga/periuk-ketepikan
2. Tumbuk bj ketumbar dan lengkuas sampai hancur. Masuk bawang merah, bawang putih, dan cili api. Tumbuk hancur.
3. Masukkan kedlm belanga/periuk ayam. Masukkan separuh drp santan dan kunyit serbuk serta serai yg dititik dan daun kunyit yang disiat siat dan simpul. Kacau kuah sampai separuh gelegak.
4. Rasa garamnya sambil kacau dgn api kecil jgn kasi kuah berketul. Last masukkan baki santan. Kacau sekejab dan tutup api. Jgn masak terlalu lama takut kuahnya pecah minyak dan kurang sedap pula.
Hidang dengan nasi panas. Kami pekena dengan sambal goreng udang.
No comments:
Post a Comment