JOM kita sarapan sama-sama. Pagi yang nyaman, kadang-kadang malas untuk keluar sarapan kat luar. Apa yang ada dalam peti sejuk kita gunakan sepenuhnya. Ada sedikit bihun cukup untuk 2 beranak.
Saya tambahkan sesudu besar tauchu semasa menumis dan perah sedikit jus lemon semasa nak hidangkan. Rasa agak masam tapi tidak keterlaluan. Anak bujang panggil ini 'bihun goreng bodoh'. Apa-apa ajelah.
Sekali-sekala bihun goreng tanpa rencah udang atau ayam sedap juga.
Sememangnya 'plain, hanya kicap semata.