Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Thursday, November 27, 2014

NASI TUMIS

MASAK Heavy sikit untuk lunch.  apabila ahli keluarga balik rumah kita pun bersemangatla nak masak macam macam.  Kali ini masak nasi ala ala Nasi Arab.  Tapi tumis secara simple dan cepat.  Lauk untuk hari ini ialah Rendang Ayam & ada Acar Rampai ala ala Salsa.


Resepi :  erramasak
Sumber:  Kongsi Resepi

Bahan bahannya:
3 cawan / pot beras basmati - cuci dan rendam 15 minit
Rempah 3 beradik - Kulit Kayu Manis / Buah Pelaga, Bunga Lawang
3 Ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar kuning - potong kiub
1/4 caw minyak jagung - untuk menumis
1 caw chicken stok
1 jambak daun ketumbar
3 biji lada hijau
2 st kismis
2 st biji gajus
Secubit garam & pewarna kuning telur.



Friday, April 19, 2013

NASI AYAM BERAS PANJANG

Masak Nasi Ayam apabila malas untuk masak lauk-lauk yang lain.  Tak payanh nak fikir tentang ikan goreng, sayur atau kuah yang lain.

Sup Kentang saja kembarnya.


Ayamnya digoreng setelah diperap dengan kicap dan minyak bijan.


Sunday, January 6, 2013

NASI LEMAK

SALAM SEJAHTERA SEMUA.  

Semua orang pandai buat NL ni kan, so saya tak payahlah rasanya letak resepi.  Saya jarang makan NL sebenarnya, jaga badan. Hehehe betul ka...? Ye betul..kata orang-orang bidalan "Makan Sihat bukan Makan Sedap". Wallahuallam.

 Memang puas makan dari pagi sampai tengahari, opss diet pun melayang!

 Dek kerana berbagai-bagai permintaan pada telor, saya rebus dan juga goreng mata kerbau.  Bagi semua yang buat permintaan tu berpuashati.
 Cuci mata dengan photo2 yang agak pudar, maklumlah pakai handphone yg terlebih tak canggih.

 Saya tukar sedikit cara goreng ayam, kalau selalunya ayam goreng berempah.  Kali ini saya guna rempah cajun. Best berperisa!

Last yang paling meletup!!! Sambal bilis petai.

NASI LEMAK memang best kalau masak sendiri.  Bermacam-macam lauk kita boleh buat untuk citarasa keluarga.

Wednesday, January 2, 2013

NASI KURMA

Salam di angin lalu, kdg-kdg susah juga tiap-tiap hari memikir apa juadah yg nak dihidangkan utk keluarga kan.  Memasak perlu kecekalan juga. Kalau tak, alamatnya mkn kedaile.

Bercuti selama 4 hari ingatkan boleh rehat, tak perlu membebankan fikiran dgn kerja-kerja pejabat.  Tapi lain citenya bila anak bujang melengkar di rumah.  Dia main order je kalau tekak teringin nak makan apa-apa.  Jgn terpedaya kwn-kwn sb ini kes bkn order dari kedai tomyam hatta kedai mamak tapi order dari dapur sendiri: "Mummy..boleh msk...ni..." Abis takkan nk kata tak boleh. Bergegaslah kita kedapur.

Menu nasi kaler-kaler memang setiap 2 minggu kena masak. Kadang tu saya tumis biasa cuma letak kaler atau hijau pandan saja.

Kali ini bila asyik dok selongkar lemari simpanan bhn masak, terjumpa dgn kurma yg entah bila ku simpan, haiyaa dah lupa mb bln Mac lepas.  Spesis Kurma Nabi yg diberi oleh kenalan yg balik dari umrah.  Itulah yg jadi Nasi Kurma!

Trenggg...jom kita tgk gambar ye.



Jom kita tengok resepi cara erramasak ye.

Bahan-bahannya:

1.  3 cawan beras basmathi - saya guna beras Pusa Jasmine-xtra pjg
2.  1 cawan fresh milk UHT, susu cair pon boleh
3.  10 biji kurma - diblend
4.  3/4 cawan jagung
5.  3/4 cawan minyak jagung
6.  1 kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih
7.  3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, 2 hiris halia
8.  Secukup rasa garam dan sehelai daun pandan

Cara-cara:

1.  Beras dicuci dan toskan.
2.  Tumiskan bawang merah dan bawang putih yg telah dihiris kiub, masuk halia dan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang serta bunga cengkih. Tumis sampai agak garing dan naik bau.
3.  Masukkan kurma yg diblend dan sukatan air. (ikut sukatan beras)
4.  Masukkan beras,  daun pandan (jika suka) dan sedikit garam.
5.  Masak hingga separuh masak bolehlah masukkan susu UHT.  Kacau sedikit.

Boleh dihidangkan samada dengan Ayam Masak Merah atau apa2 yg digemari.  Kali ini saya masak Ayam Masak Hitam dan Kuah Dal Kacang Panjang.  Tambah pula dengan sambal ikan bilis goreng memang wallah!




Saturday, December 1, 2012

NASI AYAM SIMPLE

MENU tengahari ini ialah Nasi Ayam.  Versi Kak Erra yang sangat simple.  Saya rasa asas utama resepi ini ialah ayam goreng dan supnya.  Kalau tiada 2 benda ni memang nasi lain lah jadinya kan.  Sebenarnya ada kuah kicap dan sambal cili tapi dalam kelam kabut dah terlupa nak ambil gambar.  Normal lah tu sebab saya sememangnya kurang masa untuk snap photo2 yg menarik.  Maaflah sekiranya photonya tidak memuaskan hati.