Sunday, March 30, 2014

Spegeti Meatballs

Giliran memasak makan pagi sampai tengahari,  kawasan rumah mengalami catuan air spt Sabtu,Ahad tiada air kemudian Isnin, Selasa ada air begitulah seterusnya.  Syukur sebab ada juga wp selang dua hari.  Maka aktiviti dapur pun dikurangkan.  Masak Spegeti taruk meatballs jer.  Anak sy tidak cerewet kalau dihidangkan pasta.



Ianya agak kering sedikit setelah dipanaskan di Microwave.

Bagi yang berminat untuk menyemak cara membuatnya, dipersilakan.

1.  Lidi Spegeti secukupnya
2.  Meatball secukupnya
3.  Sausage (beef) 5 batang dipotong serong
4.  Broccoli ( kali ni sy tak taruk ni sb kehabisan)
5.  White Cream (secawan susu fresh uht + 1 st tepong jagung)-boleh juga guna sup cendawan dlm tin
6.  Bwg putih - diketuk dan cincang
7.  2 sb sos blackpaper dan oyster, sedikit kicap (untuk nampak sedikit warna brown)

Cara memasak:
1. Rebus lidi spegeti, bila lembut toskan.
2. Tumiskan bawang putih dgn sedikit minyak jagung sekejap dan masukkan meatballs, tumis sampai bawang dan meatballs agak garing kekuningan.
3. Masukkan Sos yang dua jenis itu dan kicap,  Masukkan sepegeti dan sausage, kacau.  Masukkan garam.
4. Masukkan cream dan kacau hingga agak pekat, masukkan broccoli.  Tutup air dan tabur daun oregano kering serta parsley kering.

Saturday, March 29, 2014

Buttermilk Cokelat Cake

Salam ketemu lagi, walaupun sudah agak jarang di persada maya ini tapi kadang2 apabila ada sekelumit waktu terluang terus memghapdet apa yang telah sy cuba.  Kepada yang sudi bertandang sudila kiranya menitipkan komen atau tambahan kepada apa yang sy share kan di sini.  Semoga perkongsian ilmu kita memupuk ukhwah sesama kita.  Insyaallah.

Bila sebut pasal Chokelat kek, semua ahli keluarga menyukai.  Selalunya Pn biras sy yg paling cekap buat kek ni.  Lemak &berchocolishes sungguh bila menikmatinya.  Sy pula tidak seterer Pn biras sy ni.  Tapi kdg2 tabiat yg suka kedapur dan tidak boleh dok diam membuatkan sy cekal nak membuat kek ini, mungkin rasa tak sesedap orang lain buat tp seisi rumah suka makan.  Jom kita cuci mata dgn photo yg tak seberapa.


Nampak photo memang tidak menyelerakan, tapi ianya memuaskan hati sy untuk membuatnya lagi.

Resepinya seperti berikut.
Bahan-bahan:

2 caw Tepong Gandum
2 caw Gula Castor; kdg2 sy guna 1.5 caw shj untuk elak terlalu manis
2 biji telor
1 caw buttermilk - boleh guna fresh milk dan cuka
1 caw Cocoa Powder-apa-apa jenama yang ada
1 caw Minyak Jagung Mazola
1 caw air panas
1 st baking powder
2 st bikarbonat of soda
Segenggam choco chips, segenggam walnut (ketuk2 sedikit hancur)

Cara Membuatnya:
1.  Terlebih dahulu panaskan oven, setkan kepanasan sederhana.  Sambil itu siapkan loyang, lapiskan baking paper.
2.  Masukkan kesemua bahan kecuali air panas, choco chips dan walnut.  Pukul rigan biar sebati kemudian masukkan air panas.  Pukul lagi sampai sebati, angkat dari mixer dan dgn menggunakan spatula kaup balik choco chips dan walnut bersama adunan.  Masukkan kedalam loyang pembakar.
3.  Bakar selama lebih kurang 45 minit atau sampai masak.


Sunday, March 2, 2014

Brownies Chezey Walnut

Selamat Sejahtera,

Jom kita jenguk apa yang akak masak.  Resepi yang paling simple, kalau sesiapa buat mesti jadiknyer.  Tengok gambar yang tak berapa menarik ni..

Resepinya adalah seperti berikut: (sumber dari Blog masakan yang telah saya lupa)
Saya tidak dapat nak ambil photo yang telah dipotong sebab kali ini anak bujang bawa ke opis dengan loyang dan potong oleh kakak2 di opisnye.

Bahan2nya:

300 grm butter (saya guna salted butter)
125 grm cocoa powder
250 grm gula castor
5 biji telor- pukul ringan sahaja
2 st essen vanila
230 grm Tepong gandum -diayak 2x
1/4 st baking soda
100 gm walnut dipanggang- cincang halus
100 grm choc chips

Topping Cheese:
300 grm cream cheese
90 grm gula castor
2 bj telor
1/2 st essen vanila

Cara-cara membuatnya:

1.  Terlebih dahulu panaskan oven,  sapukan sedikit mentega pd loyang dan lapik dgn kertas minyak.
2.  Cairkan butter, masukkan cocoa powder dan gula.  Kacau sebati dan gula hancur. Angkat.
3.  Masukkan telor yg dipukul ringan, essen vanila, walnut dan choc chips, kacau dgn spatulla.  Masukkan tepong dan soda bikarbonat.  Gaul rata.  Tuang kedalam loyang dan ratakan. Ketepikan.
4.  Penyediaan adunan topping keju.  Pukul cream cheese dan gula. Biar sampai lembut dan berkrim.  Masukkan telor satu persatu, Essen Vanila dan pukul lagi.
5.  Tuang keatas adunan brownies dan ratakan.  Tabur dgn hirisan walnut dan choco chips.
6.  Bakar dgn api bawah selama sejam.  Tukar api atas sehingga permukaan cheese agak kuning dlm 10 minit.  Tutup api dan biarkan sejuk baru potong.