Kali ni Apam yang juga menjadi fev anak beranak. Mula terpikat dengan APAM ni ketika makan di jamuan pejabat yang saya order dari Siti Catering. Memang sya akan rekomen sekiranya kawan kawan berhajat untuk membuat jamuan atau kenduri. Buat apam ni kena ikut musim jugak sebab kalau tak de pisang tak best, atau pisang tak berapa elok dan tidak berapa manis. Dalam setengah jam pun anda boleh membuat Apam Lapis Pisang ni. Kalau ada kenduri kecil atau jamuan Apam ni boleh menghiasi ruangan dessert atau kuih-muih.
Resepi & idea: auntyyochana
Bahan bahan: Dua lapisan + hiasan pisang hiris
Bhn A:
200 gram pisang masak - lecek (sya letak 4 bj)
1 st baking soda
1 st banana essen
Bhn B:
100 gram brown sugar
3 bj telor
100 gram tpg pau
1 st double action baking powder
60 ml minyak jagung
Bhn C: Lapisan atas (Putih cream)
2 bj telor
60 gram gula halus
4 sb air
60 gram tepung pau
* sya buat lapisan C sukatan 2 adunan untuk mencukupkan dgn adunan lapisan bwh.
Cara-cara membuatnya:
Lapisan bawah.
1. Sebatikan bhn A, Ketepikan,
2. Satukan bhn B kecuali minyak. Gaul hingga rata dan masukkan bhn A serta minyak jagung. Ratakan.
3. Tuang dlm acuan (ikut kegemaran) dan terus kukus selama 10 min.
Lapisan atas.
1. Pukul telor dan gula samapai agak kembang-masukkan air dan tepung dan pukul lagi sampai sebati dan gebu.
2. Tuang atas lapisan bawah sampai penuh acuan, hias dengan hirisan pisang dan sambung kukus selama 15 min.
No comments:
Post a Comment