Friday, October 31, 2014

PULUT PAGI

Assalam, sebenarnya Pulut Pagi ni boleh je dimakan pada bila bila masa TAPI namanya memang tak boleh tukar mesti Pulut Pagi jugak.

Oleh kerana teringin yang membuak buak, pagi ini saya terus mereka reka resepi nak buat ni.  Siap 'call' Bunda kat kampung untuk memastikan cara membuatnya.  Rupanya memang caranya berbeza sedikit daripada apa yang saya fikirkan.  Nasi baik dapat 'confirm' dahulu sebelum buat.  Hehehe kalau tak entah apa apa yang jadi.

Dedulu kat kampung memang inilah yang kami adik beradik gemar makan, kalau boleh tetiap hari pun tak apa.




Resepi : Olahan sendiri dgn bantuan Bunda

Bahan-bahannya:

2 caw beras pulut - perlulah direndam lebih kurang 30 min.
2 sb gula
2 sb minyak jagung (sya tambah)
3 kerek nise ( kalau tak ada boleh guna gula kabung/Melaka)
5 helai daun pandan
secubit garam
1/2 bj kelapa parut (putih) dikukus - untuk tabur

Cara-cara membuatnya:
Masak beras pulut dgn anggaran air lebih sikit dari paras beras. Sesudah masak angkat dan splash dgn minyak jagung, balik balikkan pulut. 
Hiris atau parut (lagi senang) nise atau gula kabung halus halus.  Gaulkan nise bersama pulut tadi sampai sebati iaitu warna cokelat keseluruhannya.
Panaskan pengukus dan alaskan dengan daun pandan. Kukuslah pulut selama lebih kurang 15 min.
Angkat dan sendukkan atas piring baru tabur kelapa parut yang telah dikukus bersama secubit garam.

Sunday, October 26, 2014

AIS LABU SAGO

PENYEDAP TEKAK untuk hari ni.  Selalu buat ni pada time berbuka puasa. Tapi kerana permintaan kita buatlah juga. Dapat minum ni rasa macam tak mahu stop...nyaman..heaven.


Resepi : Slot Masak TV-Chef Hotel Felda

1/2 biji labu-potong dan rebus bersama 1 helai pandan, separuh untuk dikisar, separuh dipotong kiub
1/2 caw gula perang- kacau dgn sedikit air
1 caw susu fresh atau susu cair
1/2 caw biji sago saiz kecil di rebus-toskan
Ais kiub

Blendkan 1/2 labu dan tuang kedalam mangkuk atau jag.  Masukkan air gula dari gula perang, susu fresh. Masukkan sago, last sekali masukkan kiub labu dan ais kiub. Tadaa siap.

Saturday, October 25, 2014

TIRAMISU

Kali ini saya buat TIRAMISU yang saya sudah ubahsuai (wahh macam dapur pulak kena ubahsuai).  Sebenarnya banyak 'rumah yang saya merayau untuk mendapatkan resepi yang paling sempoi.  Selalu kalau bab bab kek ni saya selalu 'refer Kongsi Resepi atau My Resipi yang MMA-(mcm mcm Ado).

Dah penat mengolah resepi maka jadilah yang di bawah ni. Dari segi rasa ada sedikit kelainan.  Selalu guna cocoa powder tapi kali ni guna caramel sos dan milo.   Kita tengok gambar ye walaupun tak seberapa.


Sorryla bila potong tu memang out sikit.  Tak pe janji rasa ada kan..


Rujukan Resepi : Kongsi Resepi
Olahan : Sendiri

Bahan-Bahan:
1 Bungkus Biskut Lady fingers-boleh tukar dgn kek span kalau suka
250 gram cream cheese
250 ml whipping cream
40 gram butter
1/2 caw gula halus
1/2 caw sirap nescafe
1 caw nestum - boleh skip kalau tidak suka
1/2 caw caramel sos, saya guna butterscotch
1/2 caw milo - boleh skip kalau tidak suka
3 sb cocoa powder Van Houten
Buah berries untuk hiasan

Bhn utk fudge:
1 bks biskut oreo atau marie/digestive
2 sb butter dicairkan
Cara2:  
Crushkan biskut, ketepikan.  Seterusnya cairkan butter dan terus gaul dlm biskut tadi.  Mampatkan dalam loyang dan sejukkan dalam 20 min.

Cara membuatnya:
1.  Pukul Cream cheese, butter dan gula sampai putih gebu baru masukkan whipping cream. Masukkan vanila dan pukul lagi. Ketepikan.
2.  Keluarkan loyang dibase tadi dan layangkan lapisan nipis adunan cheese tadi.
3.  Celupkan biskut Lady fingers kedlm sirap nescafe dan susun atas lapisan cheese tadi.  Seterusnya tutup lagi dgn lapisan cheese.
4.  Titiskan sos butterscotch, kemudian taburkan nestum sampai tertutup lapisan cheese.  seterusnya ayakkan serbuk milo secara halus di atas lapisan nestum.
5.  Ulangi step tadi sampai lapis kedua. Untuk lapisan paling atas lapisan milo ganti dengan cocoa powder. (untuk lebih umphh) Kalau tak mahu skip letak je serbuk milo.
Hiaslah dengan buah-buah ikut kesesuaian.  Sejukkan selama 8 jam.

Friday, October 17, 2014

CREAMY BEEF MACARONI

Selamat Berhari minggu!  Semua kita tahu masakan paling simple tapi kenyang, tidak banyak kerenah ialah Spegeti atau macaroni.  Saya bukan pemakan daging, tak kira lembu ke, kambing ke.  Tapi permintaan anak tidak sanggup hampakan.  Masak juga ni walaupun masa hiris daging ni tutup muka dgn kain tola.


Resepi :  Ilham dari The Kitchen Hero
OLAHAN ERRAMASAK

Bahan-bahannya:
3 caw macaroni -dimasak selama 15 min atau sehingga empuk
2 caw daging fresh -diketuk ketuk dan cincang
1 caw cream mushroom
3 ulas bawang putih - dicincang
2 labu bawang besar - diptg kiub
2 helai daun bay
1 st lada hitam -ditumbuk
2 st sebuk mixed herbs/oregano
2 st tepung jagung - bancuh dgn 1/4 caw air
1 bj tomato -cincang (kalau tak de tak apa)
3 btg sosej - diptg ptg
secubit garam 

Cara membuatnya:
1.  Macaroni yg telah direbus ditoskan dan balik balikan letak sedikit minyak
2.  Tumis bawang putih, bawang merah sampai garing sikit dan masukkan lada hitam, daun bay. Kacau dan seterusnya masukkan daging. Bila daging sudah empuk masukkan cream mushroom dan tepung jagung. Kacau sebati. 
3.  Masukkan macaroni dan kacau rata, masukkan sosej, tomato dan sebuk oregano.  Letak garam secukupnya.

Boleh dihidangkan dengan cheese yang disagat kalau suka.

Saturday, October 4, 2014

AYAM PENYET

Salam Sejahtera semoga sihat sihat semuanya.  Sekali masak 'heavy' macam nasi memang menaikkan semangat saya.  Keluarga memang suka makan nasi kaler kaler ni tapi lauk perlulah dipelbagaikan.  Kami buat pusingan kalau minggu lepas masak ayam maka minggu ini daging.  Kali ni buat sesempoi yang mungkin iaitu AYAM PENYET cara saya lah.  Tak tahulah cara yang sebenarnya orang dari Wong Solo tu membuatnya.

Sebenarnya ada lagi lauk dan sambal sebagai timbalan kepada nasi tengahari ini.  Tapi mari kita tengok penyediaan ayam ni dengan cara ringkas saya iaitu cara membakar atau memanggang.  Ayam Penyet sebenar cara menggoreng.  Jom kita tengok jadi ke idak ni.


Panggang dengan kuali ajaib

Bahan bahannya:
2 ketul ayam yang di potong 4 -bersihkan
2 in halia - untuk kukus ayam
1 st serbuk kunyit - untuk kukus ayam
secubit garam

Bhn celupan ayam:
1 caw santan atau boleh tukar dgn susu cair 
1/2 caw tepung beras
1st brown sugar

Cara cara:
Ayam yang telah dikukus 1/2 masak diangkat dan toskan.  Baki air kukusan jangan dibuang.  Masukkan santan, tepung beras dan gula.  Kacau sebati agak kepekatan melekat bila celup ayam.

Panaskan minyak (sekiranya anda ingin guna kaedah menggoreng). Kali ini saya menggunakan magic pan.
Celup ayam kedalam bahan ini dan terus menggoreng/membakar.

Simplekan. Selamat mencuba ye.