Assalam kepada semua muslimat-muslimat, masih tak terlewat saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua. Kepada yang rajin nak buat Kueh Raya mesti 'Semperit' juga tersenarai kan. Saya juga seperti puan-puan yang tidak akan ketinggalan. Standard resepi turun temurun ni, tapi kelopak Daisy saya tidaklah secantik mana hanya cukup untuk memenuhi balang raya famili.
Bahan-Bahan untuk membuatnya .
200 gram butter (Sy guna unsalted)
3/4 caw gula ising
1 kuning telor
1st essen vanila
1/2 st garam
1 caw tepong gandum (Sy tambah 2 sudu tepong Red Rose)
1 caw tepong custard
1 caw tepong jagung (Sy guna butterfly yg dlm tin)
1/2 caw sherraded cheddar cheese
sedikit cherry hiasan
Cara membuatnya
1. Putar butter sampai fluffy putih, masukkan gula ising dan putar lagi sampai gula hancur. Masukkan telor kuning dan essen vanila, seterusnya garam.
2. Seterusnya masukkan ketiga-tiga tepong yang telah diayak bersama. Kalau guna mixer putar sekejab sahaja part ni. Gaul dgn tangan lebih puashati.
3. Terap ikut acuan yang digemari. Hias dgn cherry merah dan tabur sedikit cheese di atasnya. Bakar selama 15 min 150C. Sudah masak sejukkan dan simpan dalam bekas kedap.
Tuesday, July 15, 2014
Sunday, July 13, 2014
Kueh Bangkit Cheese
Kisah terapi memasak lagi. Musim nak raya kita layan biskut raya lah ye. Kali ini 'Bangkit Pekak Cheese'.
Bahan-bahannya:
250 gram mentega-(kalau ingin rasa yang lebih umpph gunalah mentega yang berjenama dan mahal sedikit harganya, Tapi AWAS! jangan beli jenama yang jarang kita nampak di pasaran)
180 gram gula ising
2 kuning telor +1 (utk sapuan)
250 gm tepung ubi- (jemur dahulu atau disanggar selama 15 mins)
225 gram tepung jagung
0.5 st bikarbonate of soda
0.5 st baking powder
secubit garam
70 gm parutan keju cheddar (untuk ditabur di atas biskut)
Cara-cara membuatnya:
1. Pukul mentega dan gula ising sampai berkerim, fluffy putih. Masukkan kuning telor dan terus memukul.
2. Tepung Ubi dan tepung jagung dicampur bersama dan diuli dengan adunan mentega. Jadikan sebati.
3. Masukkan sedikit parutan cheese sekiranya suka.
4. Canai setebal lebih kurang 1.8cm dan teraplah ikut kegemaran masing2. Sapukan dengan kuning telor seterusnya tabur dengan parutan keju. Bakar 15 mins 160C.
Saturday, April 26, 2014
Pita Berinti Daging
JOM kita brekfes dengan juadah yang paling simple. Rasa happy sangat sebab anak minta nak makan wrap atau pita.
Bahan-Bahan:-
3 keping Roti pita/ atau Roti poket (saya beli yang wholemeal)
Sesenduk daging cincang (saya guna meatballs)
Sebiji telor
Bawang Putih dan bawang merah
Sedikit mix vege
Sedikit butter (untuk disapu dalam roti
Minyak untuk menumis (guna butter pon ok)
3 Sudu Mayonis; chili sos, serbuk lada hitam
Salad (untuk disumbat dalam pita)
Cara-cara:
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu dan masukkan daging atau meatballs yang di potong nipis.
Masukkan mix vege, telor, serbuk lada hitam,garam dan tutup api.
Gaulkan dengan sos chili dan mayonis. Ketepikan.
Panaskan magic pan dan grill Pita sekejap, Angkat dan potong dua buat poket. Leser dgn butter dan sumbat bahan inti tadi. kemaskan dengan daun salad. Siap. Jom tengok gambar.
Friday, April 18, 2014
Butterscotch Cream Cracker Layered Cake
TERAPI MASAK untuk minum petang. Alhamdulillah rahmat hujan petang ni. Masuk dapur kejap kita tengok apa2 yang ada. Saya belum keluar membeli barang dapur lagi sebab tgh tadi hadir kenduri rumah jiran kahwinkan anak sulungnya. (hermm bila la pulak anak sulung sendiri nak dapat jodoh ni).
Dengan bahan2 yang telah ada mari kita try buat Kek Layered ni. Dah sejukkan dan potong sedap jugak ni. Buat seloyang memanglah tak habis dengan kami bertiga ni. Rezeki jiran-jiran.
Dengan bahan2 yang telah ada mari kita try buat Kek Layered ni. Dah sejukkan dan potong sedap jugak ni. Buat seloyang memanglah tak habis dengan kami bertiga ni. Rezeki jiran-jiran.
Friday, April 4, 2014
Epal Crumbles
Salam Sejahtera, memenuhi waktu2 bosan bercuti dengan memasak. Sebenarnya bercuti untuk membereskan jaitan manik dari para pelanggan.
Bila tengok Joy of baking ni buat Apple Crumbles mmg sgt simple. Dgn bahan2 yang ada sy mula menguli pastri. Ada 5 biji epal yg adik bawa masa datang bertandang minggu lepas.
Tuesday, April 1, 2014
Tempe Goreng Bersantan
Tempe goreng adalah febret sekeluarga. Tidak kira samada goreng sambal pedas atau goreng bersantan. Kali ni turn tempe goreng bersantan. Ianya boleh diratah saja. Rencah boleh bubuh udang atau tumbuk seggengam ikan bilis. Sy taruk udang kertas yg kecil2, kalau dapat yg besar sikit saiz ni lagi sedap. Apa2 pun kita tgk gambarnya dulu.
Sunday, March 30, 2014
Spegeti Meatballs
Giliran memasak makan pagi sampai tengahari, kawasan rumah mengalami catuan air spt Sabtu,Ahad tiada air kemudian Isnin, Selasa ada air begitulah seterusnya. Syukur sebab ada juga wp selang dua hari. Maka aktiviti dapur pun dikurangkan. Masak Spegeti taruk meatballs jer. Anak sy tidak cerewet kalau dihidangkan pasta.

Ianya agak kering sedikit setelah dipanaskan di Microwave.
Bagi yang berminat untuk menyemak cara membuatnya, dipersilakan.
1. Lidi Spegeti secukupnya
2. Meatball secukupnya
3. Sausage (beef) 5 batang dipotong serong
4. Broccoli ( kali ni sy tak taruk ni sb kehabisan)
5. White Cream (secawan susu fresh uht + 1 st tepong jagung)-boleh juga guna sup cendawan dlm tin
6. Bwg putih - diketuk dan cincang
7. 2 sb sos blackpaper dan oyster, sedikit kicap (untuk nampak sedikit warna brown)
Cara memasak:
1. Rebus lidi spegeti, bila lembut toskan.
2. Tumiskan bawang putih dgn sedikit minyak jagung sekejap dan masukkan meatballs, tumis sampai bawang dan meatballs agak garing kekuningan.
3. Masukkan Sos yang dua jenis itu dan kicap, Masukkan sepegeti dan sausage, kacau. Masukkan garam.
4. Masukkan cream dan kacau hingga agak pekat, masukkan broccoli. Tutup air dan tabur daun oregano kering serta parsley kering.
Subscribe to:
Posts (Atom)








.jpg)
