Saturday, October 4, 2014

AYAM PENYET

Salam Sejahtera semoga sihat sihat semuanya.  Sekali masak 'heavy' macam nasi memang menaikkan semangat saya.  Keluarga memang suka makan nasi kaler kaler ni tapi lauk perlulah dipelbagaikan.  Kami buat pusingan kalau minggu lepas masak ayam maka minggu ini daging.  Kali ni buat sesempoi yang mungkin iaitu AYAM PENYET cara saya lah.  Tak tahulah cara yang sebenarnya orang dari Wong Solo tu membuatnya.

Sebenarnya ada lagi lauk dan sambal sebagai timbalan kepada nasi tengahari ini.  Tapi mari kita tengok penyediaan ayam ni dengan cara ringkas saya iaitu cara membakar atau memanggang.  Ayam Penyet sebenar cara menggoreng.  Jom kita tengok jadi ke idak ni.


Panggang dengan kuali ajaib

Bahan bahannya:
2 ketul ayam yang di potong 4 -bersihkan
2 in halia - untuk kukus ayam
1 st serbuk kunyit - untuk kukus ayam
secubit garam

Bhn celupan ayam:
1 caw santan atau boleh tukar dgn susu cair 
1/2 caw tepung beras
1st brown sugar

Cara cara:
Ayam yang telah dikukus 1/2 masak diangkat dan toskan.  Baki air kukusan jangan dibuang.  Masukkan santan, tepung beras dan gula.  Kacau sebati agak kepekatan melekat bila celup ayam.

Panaskan minyak (sekiranya anda ingin guna kaedah menggoreng). Kali ini saya menggunakan magic pan.
Celup ayam kedalam bahan ini dan terus menggoreng/membakar.

Simplekan. Selamat mencuba ye.


Saturday, September 27, 2014

Sardin Gulung

Assalam semua,
Kiranya kalau ada anugerah orang paling liat nak mengupdate blog sya akan terus angkat tangan.  Tak apa now sya tengah berusaha untuk kearah merajinkan diri untuk mencatit selingkar kisah kerja memasak sya.  Kali ni nak update pasal kueh untuk minum petang-->Sardin Gulung.

Memang sesuai utk minum ptg


1 bungkus puff pastry- ada sepuluh keping
Untuk intinya:
1 tin sardin-sya guna cap ayam
2 ulas bwg putih
3 bj bwg merah
1 senduk cili paste;atau cili giling sendiri
2 sb air asam jawa; atau sekeping asam keping
Secubit garam dan gula
Cara2 membuat inti:
Blend bwg putih, merah &cili dan tumiskan sampai agak garing. Masukkan sardin dan lenyek sedikit dgn sudip. Terus masukkan air asam dan garam, gula. Tutup api Biarkan sejuk.
Canai pastry agak2 ketebalannya, tabur tepung gandum supaya tidak melekat dan senang mencanai. Toreh dgn pisau secara menjalur.
Masukkan sesudu inti sardin di sebelah dalam jalur dan terus gulung.  Tepi ratakan dgn tepung gandum yg telah dibancuh sedikit air. Tekan sikit agar melekat dan tidak terbuka. Sapukan dgn telor kuning serta tabur dgn bijan dan apa2 kekacang yg digemari.
Bakar lebih kurang 20 minit
Siap.



Saturday, September 20, 2014

Nasi Goreng Sempoi

Bismillah..bertemu kembali kita. Semoga kita semua di bwh lindungan rahmatNya. Menu pagi ni ialah sesuatu yang sempoi kerana guna bahan cecampak yang mana sedia ada. Tadaaa Nasi Goreng cili idup tumbuk.

Mari kita buat:
Nasi semalam yg dileraikan.
Tumbuk cili hidup merah anggaran 3 bj. Kalau nak pedas boleh tambah 2 bj cili padi.  Masukn 2 ulas bwg putih dan tumbuk lagi. Masukn pula bawang merah dan tumbuk lagi.  

Boleh tumbuk ikan bilis bg yg suka rencah.  Org rumah dan anak bujang sya tidak gemar rencah ikan bilis tumbuk.  Meka suka ikan bilis goreng asing.

Tumis kesemua bhn tumbuk dan masukn nasi. Rasa garamnya. Boleh hidang bersama keropok goreng dan telor mata kerbau

Tuesday, July 15, 2014

Kueh Semperit Cheese

Assalam kepada semua muslimat-muslimat, masih tak terlewat saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua.  Kepada yang rajin nak buat Kueh Raya mesti 'Semperit' juga tersenarai kan.  Saya juga seperti puan-puan yang tidak akan ketinggalan.  Standard resepi turun temurun ni, tapi kelopak Daisy saya tidaklah secantik mana hanya cukup untuk memenuhi balang raya famili.


Bahan-Bahan untuk membuatnya .

200 gram butter (Sy guna unsalted)
3/4 caw gula ising
1 kuning telor
1st essen vanila
1/2 st garam
1 caw tepong gandum (Sy tambah 2 sudu tepong Red Rose)
1 caw tepong custard
1 caw tepong jagung (Sy guna butterfly yg dlm tin)
1/2 caw sherraded cheddar cheese
sedikit cherry hiasan

Cara membuatnya

1.  Putar butter sampai fluffy putih, masukkan gula ising dan putar lagi sampai gula hancur.  Masukkan telor kuning dan essen vanila, seterusnya garam.

2.  Seterusnya masukkan ketiga-tiga tepong yang telah diayak bersama.  Kalau guna mixer putar sekejab sahaja part ni.  Gaul dgn tangan lebih puashati.

3.  Terap ikut acuan yang digemari.  Hias dgn cherry merah dan tabur sedikit cheese di atasnya. Bakar selama 15 min 150C.  Sudah masak sejukkan dan simpan dalam bekas kedap.

Sunday, July 13, 2014

Kueh Bangkit Cheese

Kisah terapi memasak lagi.  Musim nak raya kita layan biskut raya lah ye.  Kali ini 'Bangkit Pekak Cheese'.


Bahan-bahannya:

250 gram mentega-(kalau ingin rasa yang lebih umpph gunalah mentega yang berjenama dan mahal sedikit harganya,  Tapi AWAS! jangan beli jenama yang jarang kita nampak di pasaran)
180 gram gula ising
2 kuning telor +1 (utk sapuan)
250 gm tepung ubi- (jemur dahulu atau disanggar selama 15 mins)
225 gram tepung jagung
0.5 st bikarbonate of soda
0.5 st baking powder
secubit garam
70 gm parutan keju cheddar (untuk ditabur di atas biskut)

Cara-cara membuatnya:
1.  Pukul mentega dan gula ising sampai berkerim, fluffy putih.  Masukkan kuning telor dan terus memukul.
2.  Tepung Ubi dan tepung jagung dicampur bersama dan diuli dengan adunan mentega.  Jadikan sebati.
3.  Masukkan sedikit parutan cheese sekiranya suka.
4.  Canai setebal lebih kurang 1.8cm dan teraplah ikut kegemaran masing2.  Sapukan dengan kuning telor seterusnya tabur dengan parutan keju.  Bakar 15 mins 160C.



Saturday, April 26, 2014

Pita Berinti Daging

JOM kita brekfes dengan juadah yang paling simple. Rasa happy sangat sebab anak minta nak makan wrap atau pita.

 Bahan-Bahan:-
3 keping Roti pita/ atau Roti poket (saya beli yang wholemeal) 
Sesenduk daging cincang (saya guna meatballs) 
Sebiji telor Bawang Putih dan bawang merah Sedikit mix vege 
Sedikit butter (untuk disapu dalam roti Minyak untuk menumis (guna butter pon ok) 
3 Sudu Mayonis; chili sos, serbuk lada hitam Salad (untuk disumbat dalam pita) 

Cara-cara: 

Tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu dan masukkan daging atau meatballs yang di potong nipis. 
Masukkan mix vege, telor, serbuk lada hitam,garam dan tutup api. 
Gaulkan dengan sos chili dan mayonis. Ketepikan. 

Panaskan magic pan dan grill Pita sekejap, Angkat dan potong dua buat poket. Leser dgn butter dan sumbat bahan inti tadi. kemaskan dengan daun salad. Siap. Jom tengok gambar.

Friday, April 18, 2014

Butterscotch Cream Cracker Layered Cake

TERAPI MASAK untuk minum petang.  Alhamdulillah rahmat hujan petang ni.  Masuk dapur kejap kita tengok apa2 yang ada.  Saya belum keluar membeli barang dapur lagi sebab tgh tadi hadir kenduri rumah jiran kahwinkan anak sulungnya. (hermm bila la pulak anak sulung sendiri nak dapat jodoh ni).

Dengan bahan2 yang telah ada mari kita try buat Kek Layered ni.  Dah sejukkan dan potong sedap jugak ni.  Buat seloyang memanglah tak habis dengan kami bertiga ni.  Rezeki jiran-jiran.