JOM KITA masak kari kepala ikan.
Showing posts with label IKAN. Show all posts
Showing posts with label IKAN. Show all posts
Monday, December 8, 2014
Friday, November 21, 2014
ACAR IKAN TENGGIRI
SALAM SEJAHTERA, bertemu kembali. Seperti hari hari sebelumnya masakan yang ringkas dan senang. Bahan bahan yang sedia ada dan tidak perlu sakit kepala nak pikir lauk apa yang nak dihidangkan untuk makan tengahari. Yang penting keluarga kita menyukainya. Acar Ikan ni boleh juga dibuat dengan ikan ikan apa saja yang digemari. Tapi yang paling kerap saya buat ialah ikan tenggiri.
Resepi & Olahan : erramasak
Bahan bahannya:
2 keping ikan tenggiri - dibersihkan dan digaram kunyit
1 labu bawang besar - kuning
2 ulas bawang putih
1 hiris halia
1/2 caw air asam jawa
1 bj cili hijau dan merah
Secubit gula
Cara menyediakannya:
Goreng ikan yang telah digaram kunyit sampai garing dan ketepikan.
Dalam minyak yang sama, tumiskan bawang putih dan masukkan halia. Bila sudah naik bau baru masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat.
Seterusnya masukkan air asam jawa dan gula. Kacau hingga agak pekat tambah sedikit air masak.
Masukkan ikan tadi dan cili yang telah dihiris membulat.
Rasa masam manis memang memikat selera dengan hidangan nasi panas.
Saturday, January 12, 2013
TENGGIRI MASAK TAUCU
MASAK ikan tenggiri memang senang terutamanya kalau kita beli bahagian tengah. Saya kalau setakat nak goreng memang beli bahagian tengah. Tapi kalau untuk masak kari tentunya bhg kepala jadi pilihan.
Kalau dapat Tenggiri yg segar lagi sedap, rasa kemanisan tambah pula rasa masam air asam jawa.
Cara membuatnya adalah seperti biasa kita menggoreng ikan, cuma kita tambahkan kuah taucu dengan hirisan bawang dan cili hijau, cili merah dan sedikit halia. Masakan yang tak payah nak belajar kata org tua-tua, sebab sesiapa pun boleh buat. Terima kasih.
Saturday, December 15, 2012
IKAN TALAPIA GORENG LADA
TREEENGGGGGG!!!!1 Stress akak.. sebenarnya suami saya dapat Ikan Talapia daripada kawannya yang menjala di kolam UNISEL. tak tahulah mana tempat tu kan. ada 6 ekor. tapi saya pass pada jiran dan hanya tinggal seekor saja untuk masak pada suami. Jujurnya saya tak makan ikan ni.
Tibalah masa nak menyiangnya. Aduyai selalu beli ikan dah siap siang di pasar, tinggal bersihkan saja. Sebenarnya saya tahu siang ikan tapi kalau ikan talapia tak pernah. Mari kita cuba yek...Ikan ni masih hidup.
Dah habis siang dan mengikis sisiknya, anak saya datang dan tabik dia sebab tengok saya dengan jayanya menyiang ikan ni.
Lepas tu apa lagi masak lah pulak..Mengikut permintaan suami. Goreng Bercili.

Saturday, November 24, 2012
GORENGAN IKAN JERUK TENGGIRI
SALAM SEJAHTERA.
KADANG-KADANG teringin nak masak sesuatu yang senang. Tapi yang ini lagi lah senang. Kami satu keluarga memang suka makan ikan jeruk tenggiri ni esp. En Suami paling berselera. Makan bersama dengan nasi panas dan ulam ulaman. Couple yang paling sesuai pada pendapat saya untuk ikan jeruk tenggiri ini ialah masak lemak. Terpulanglah masak lemak sayuran apa-apa ikut kegemaran, kalau saya Masak lemak Nenas paling disarankan.
Yang tak suka ialah waktu menggoreng, maka semerbak satu dapur. Kalau ada dapur kat luar rumah kan best! Sesuatu yang harus difikirkan ni. Ikan Jeruk ni kalau di KL kita dapat ikan tenggiri, tapi berlainan dengan arah Pantai Timur yang lebih kepada ikan gelama.
Cara-cara menggorengnya ialah:-
1. 2 potong ikan jeruk Tenggiri atau Gelama - dibersihkan.
2. 10 biji bawang putih - dihiris (Saya letak lebih untuk hilangkan hanyir dan bau yg tak selesa)
3. 2 biji bawang besar - dipotong baji (atau ikut suka masing2)
4. 5 biji cili api - (boleh juga guna cili besar merak dan hijau)
5. Setengah cwn air asam jawa & secubit gula. Garam tidak perlu sebab ikan jeruk ni dah memang masin.
Kalau nak tukar air asam jawa kepada limau nipis pon boleh juga.
Goreng ikan sampai agak garing dan masukkan semua bahan-bahan diatas.

Sunday, May 9, 2010
Monday, February 8, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)