Saturday, January 4, 2014

Asam Pedas Ikan Parang

Masakan ringkas untuk makan tengahari.


Lauk dan sayur yang boleh dikatakan wajib atau kerap sy masak untuk santapan famili.
Asam Pedas Ikan Parang / Sayur Bayam / Broccoli tumis cendawan.
Semak resepi dan cara membuatnya:

1.  2 keping ikan parang - cuci bersih dan rendam air asam jawa
2.  1 caw pes cili (20 tangkai cili kering dimesin bersama 10 ulas bawang merah dan sesudu minyak masak)
3.  1/4 caw air asam jawa
4.  2 btg serai dititik bersama 2 ulas bwg putih
5.  5 bj bendi atau boleh guna terung
6.  Sedikit daun kesum jika suka.
7. 1 st serbuk kunyit serta sedikit garam, secubit serbuk secukup rasa

Mula-mula tumiskan  serai dan bwg putih yg dititik, masukkan pes cili tumis garing-garing.

Masukkan serbuk kunyit seterusnya ikan parang tadi.  Terus masukkan air masak sedikit supaya ikan tidak hangus.  Masukkan air asam serta daun kesum.  Dah menggelegak masukkan garam dan sayur bendi.  Rasa asam garamnya dan tutup api.

Simple jer resepi dan cara membuatnya.  Selamat mencuba ya. Rasa cam *poyo* jer sebab semua orang pun tahu masak ni especially orang belah Selatan nun..

Wednesday, January 1, 2014

Meatballs

Selamat Thn Baru 2014.  Cepat benar masa berlalu. Umur pon meningkat lagi, jom kita berazam dgn memperbaiki diri kita kearah muslimin, muslimat yg sejati.  Membuat apa yg diredai Allah swt serta meninggalkan apa yg dimurkaiNya. Insyaallah.

Dunia ini hanya pinjaman. Dalam menuju kpd tempat yg kekal itu memang byk cabaran dan cobaan.  Buat apa yg Allah swt suka wp dibenci oleh manusia kerana sesama manusia itu tidak kekal.

Seharian di hari cuti new year ni saya cuba memenuhi hasrat famili dgn memasak bebola daging ug bersos seakan Ikea.


Seperti biasa, photo agak tidak menarik la kan..

Resepi Sos untuk meatballs adalah seperti berikut:

1.  2 ulas bawang putih -dicincang
2.  1 labu bawang besar -kuning juga di cincang halus
3.  3 sb tepong jagung
4.  1/2 caw susu UHT
5.  1 bj buah tomato- dicincang
6.  Sedikit lada hitam , osyter sos dan kicap
7.  Secubit kiub ayam

Cara2 membuatnya:

Tumis bawang putih dan bawang besar sampai agak garing.  Masukkan buah tomato, kiub ayam, lada hitam, sos dan kicap.  Seterusnya masukkan campuran susu dengan tepong jagung.  Kacau sampai pekat.  Sekiranya mahukan warna brown lebih pekat boleh tambah kicap.

Setelah cukup rasa, tutup api dab biar sejuk sedikit, kemudian kesemua itu dikisar.  Bolehlah dicurah keatas meatball yg telah digoreng atau disteam.

Monday, June 24, 2013

PUDING MANGGO LEMAK BERKERIM

Jom kita buat puding pencuci mulut yg simple.  Rasanya ramai ibu2 yg pandai buat dessert ni.  saya kalau buat dessert ni kena kurangkan kandungan gula, kalau tak En Suami komplain manis.

Begini rupanya apabila siap dipotong.

Bahan2 utk menyediakannya spt berikut:
1 peket agar2 - rebus bersama dgn 6 gelas air dan 2 helai daun pandan.  rebus sampai hancur, slowkan api.
Seterusnya masukkan 2 sudu butter dan kacau adunan.
Dlm bekas lain pukul sebiji telor bersama 1sudu besar tepong custard, 1 tin susu cair dan setengah caw susu pekat (ikut kesukaan kemanisannya).  Masukkan kedalam adunan agar2 tadi. Kacau rata jangan sampai gelegak, agak-agak berbuih tutupkan api.
Sendukkan kedalam loyang atau apa2 acuan yang disukai.  Last taburkan hirisan mangga di atasnya.  Sejukkan dalam peti sejuk.

URAP TEMPE my style

Assalam teman2 serta pengunjung rumah sy yg tak seberapa ni.  Jom kita masak sesuatu yg paling simple dan ada tersedia dlm petiais kat rumah kita.  Tapi kalau kat petiais xde apa2 jom le kita ke pasar senang citer.

Menu simple hari ni..Urap Tempe. Ala2 sambal goreng Jawa tu. Kita tgk gambar dulu lps tu baru saya kongsi cara untuk membuatnya.

Boleh makan dgn nasi atau bagi yg suka meratah tu memang sesuai sgt.

Bahan2 adalah seperti berikut:


1. Sepeket cendawan-biasanya sy beli dlm Rm3.  Bersihkan dan siat2 kecil. Toskan airnya.
2.  2 peket tempe - potong nipis dan letak garam kunyit.
3. 2 keping tauhu (potong nipis kiub)
4. Sekeping tauhu pucuk (potong dan rendam air)
5. Setengah cwn susu cair
6.  3 ulas bawang putih (tumbuk pecah) ; 1 labu bwg besar (ptg bulat)
7. 2 biji cili merah (ikut suka kepedasan)
8.  Minyak untuk menumis ; garam secukup rasa

Cara-cara memasak:
Tempe dan tauhu dicelup dlm adunan susu air yg telah dipikul dgn sesudu tepong jagung, kemudian goreng garing, serdak gorengan jangan dibuang, ketepikan.
Tumiskan bwg putih sampai nak bau dan masukkan tauhu, tempe, cendawan serta pucuk tauhu tadi bersama. Masukkan garam, sekiranya suka manis masukkan secubit gula perang.  Masukkan cili merah dan last masukkan serdak lebihan gorengan, kacau rata, siap.


Friday, April 19, 2013

NASI AYAM BERAS PANJANG

Masak Nasi Ayam apabila malas untuk masak lauk-lauk yang lain.  Tak payanh nak fikir tentang ikan goreng, sayur atau kuah yang lain.

Sup Kentang saja kembarnya.


Ayamnya digoreng setelah diperap dengan kicap dan minyak bijan.


HOKAIDO SIFON CUPCAKE

Bersua kembali.  Begitulah namanya cupcake yang teramat gebu dan mencari di dalam mulut.  selalu saya membeli kat kedai tapi hati terpanggil untuk mencuba.  Tetapi resepinya saya telah campur adukkan dari para resepi dari internet.

Hasilnya tidaklah berapa bagus tapi tidak juga mengecewakan.

Sudah dituang dalam kelongsong. Ready utk diovenkan.

Bakar lebih kurang 20 mins.

Letak topping sikit.  terpulang pada kegemaran masing-masing untuk letak perisa yang digemari.

Sunday, April 14, 2013

BIHUN GORENG KICAP

JOM kita sarapan sama-sama.  Pagi yang nyaman,  kadang-kadang malas untuk keluar sarapan kat luar.  Apa yang ada dalam peti sejuk kita gunakan sepenuhnya.  Ada sedikit bihun cukup untuk 2 beranak.
Saya tambahkan sesudu besar tauchu semasa menumis dan perah sedikit jus lemon semasa nak hidangkan.  Rasa agak masam tapi tidak keterlaluan.  Anak bujang panggil ini 'bihun goreng bodoh'. Apa-apa ajelah.

Sekali-sekala bihun goreng tanpa rencah udang atau ayam sedap juga.

Sememangnya 'plain, hanya kicap semata.