Sunday, November 9, 2014

CEMPEDAK GORENG LEMAK MANIS

TERIMA KASIH jiranku atas pemberian buah cempedak ni.  Walaupun hanya sebiji tapi harum bau seluruh rumah.  anak bujang saya memang tak sabar sabar minta suruh cepat goreng ni.  Resepinya semua orang dah tahu kan.  Saya guna tepung goreng pisang segera Adabi tu. bancuh jer dengan air, celup celup goreng.

 Pekena dengan secawe kopi panas.


AYAM MASAK LEMAK CILI API

Hari ni masak lauk yang simple lagi.  Jarang sangat masak ayam macam ni.  Sebenarnya saya ingin mencuba pancing selera suami dan anak.  Kalau mereka komen positif lain kali boleh masak lagi.  Memang boleh tahan masak lemak cili api ayam ni.  Jom try buat ni kawan kawan.

Sila abaikan brocilli tumis tu, ianya pelengkap lunch untuk hari ini.



Resepi :  Olahan Sendiri
Bhn-Bhnnya:
1/2 ekor ayam dipotong kecil
1 caw santan
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1st bj ketumbar
2 hiris lengkuas
2 btg serai dititik
5 bj cili api-hijau & merah -ikut kepedasan masing masing
1 helai daun kunyit
sedikit kunyit serbuk, garam

Cara-cara membuatnya:
1.  Ayam yg telah dibersihkan di masukkan kedalam belanga/periuk-ketepikan
2.  Tumbuk bj ketumbar dan lengkuas sampai hancur. Masuk bawang merah, bawang putih, dan cili api. Tumbuk hancur.
3.  Masukkan kedlm belanga/periuk ayam.  Masukkan separuh drp santan dan kunyit serbuk serta serai yg dititik dan daun kunyit yang disiat siat dan simpul. Kacau kuah sampai separuh gelegak.
4.  Rasa garamnya sambil kacau dgn api kecil jgn kasi kuah berketul.  Last masukkan baki santan. Kacau sekejab dan tutup api. Jgn masak terlalu lama takut kuahnya pecah minyak dan kurang sedap pula.

Hidang dengan nasi panas.  Kami pekena dengan sambal goreng udang.

Saturday, November 8, 2014

Kek Pisang Walnut

Sekian lama mencuba buat Kek Pisang dari pelbagai resepi termasuklah dari gobok resepi orang tua.  Tapi yang ini olahan sendiri je ilham dari resepi 'google' dari blog blog masakan.


Dalam tengah tengah syok kacau tu terpikir pulak nak letak choco chips dan walnut ni..

Bila dah masak ianya merekah sedikit,  saya menggunakan loyang lubang tengah.

 Ianya sangat lembut dan moist.  Kejab jer dah habis diNgapp kek ni..next time kena buat lagi ni.

Sunday, November 2, 2014

MEE UDANG SIMPLE

ASSALAM SEMUA,
Kalau kita perasan bermacam macam cara nak buat mee ni kan.  Mari ikut cara saya yang senang dan mudah dan tidak sakit kepala memikirkan bahan bahan.  Setelah mencuba berkali kali inilah hasilnya.  Sesungguhnya masa itu amat penting bagi kita ibu ibu yang sentiasa sibuk menguruskan semua perkara ni.  Tambah lagi bagi ibu ibu yang bekerja.  So kita buat cara yang paling senang dan ringkas.



Resepi & Olahan : erramasak

1/2 kg mee kuning - celur air suam dan toskan
1/kg udang - dibersihkan
3 batang sawi
5 keping tauhu kering
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 hiris halia
2 bj tomato - potong baji
1 sb udang kering
2 bj cili merah
3 sb bawang goreng
1 bj telor
2 sb tepung jagung -bancuh dgn 1/2 caw air
2 st sos tiram

Saturday, November 1, 2014

APAM LAPIS PISANG

Salam sejahtera, APAM  ialah satu jenis kuih yang perlu dikukus dan senang untuk disediakan.  Boleh buat waktu pagi mahupun petang.  Kalau saya memang buat waktu pagi sebab boleh simpan sampai ke waktu minum petang.

Kali ni Apam yang juga menjadi fev anak beranak.  Mula terpikat dengan APAM ni ketika makan di jamuan pejabat yang saya order dari Siti Catering.   Memang sya akan rekomen sekiranya kawan kawan berhajat untuk membuat jamuan atau kenduri. Buat apam ni kena ikut musim jugak sebab kalau tak de pisang tak best, atau pisang tak berapa elok dan tidak berapa manis.  Dalam setengah jam pun anda boleh membuat Apam Lapis Pisang ni.  Kalau ada kenduri kecil atau jamuan Apam ni boleh menghiasi ruangan dessert atau kuih-muih.





Resepi & idea: auntyyochana

Bahan bahan: Dua lapisan + hiasan pisang hiris
Bhn A:
200 gram pisang masak - lecek (sya letak 4 bj)
1 st baking soda
1 st banana essen
Bhn B:
100 gram brown sugar
3 bj telor
100 gram tpg pau
1 st double action baking powder
60 ml minyak jagung
Bhn C: Lapisan atas (Putih cream)
2 bj telor
60 gram gula halus
4 sb air
60 gram tepung pau
* sya buat lapisan C sukatan 2 adunan untuk mencukupkan dgn adunan lapisan bwh.

Cara-cara membuatnya:
Lapisan bawah.
1.  Sebatikan bhn A, Ketepikan,
2.  Satukan bhn B kecuali minyak. Gaul hingga rata dan masukkan bhn A serta minyak jagung.  Ratakan.
3.  Tuang dlm acuan (ikut kegemaran) dan terus kukus selama 10 min.
Lapisan atas.
1.  Pukul telor dan gula samapai agak kembang-masukkan air dan tepung dan pukul lagi sampai sebati dan gebu.
2.  Tuang atas lapisan bawah sampai penuh acuan, hias dengan hirisan pisang dan sambung kukus selama 15 min.

Friday, October 31, 2014

PULUT PAGI

Assalam, sebenarnya Pulut Pagi ni boleh je dimakan pada bila bila masa TAPI namanya memang tak boleh tukar mesti Pulut Pagi jugak.

Oleh kerana teringin yang membuak buak, pagi ini saya terus mereka reka resepi nak buat ni.  Siap 'call' Bunda kat kampung untuk memastikan cara membuatnya.  Rupanya memang caranya berbeza sedikit daripada apa yang saya fikirkan.  Nasi baik dapat 'confirm' dahulu sebelum buat.  Hehehe kalau tak entah apa apa yang jadi.

Dedulu kat kampung memang inilah yang kami adik beradik gemar makan, kalau boleh tetiap hari pun tak apa.




Resepi : Olahan sendiri dgn bantuan Bunda

Bahan-bahannya:

2 caw beras pulut - perlulah direndam lebih kurang 30 min.
2 sb gula
2 sb minyak jagung (sya tambah)
3 kerek nise ( kalau tak ada boleh guna gula kabung/Melaka)
5 helai daun pandan
secubit garam
1/2 bj kelapa parut (putih) dikukus - untuk tabur

Cara-cara membuatnya:
Masak beras pulut dgn anggaran air lebih sikit dari paras beras. Sesudah masak angkat dan splash dgn minyak jagung, balik balikkan pulut. 
Hiris atau parut (lagi senang) nise atau gula kabung halus halus.  Gaulkan nise bersama pulut tadi sampai sebati iaitu warna cokelat keseluruhannya.
Panaskan pengukus dan alaskan dengan daun pandan. Kukuslah pulut selama lebih kurang 15 min.
Angkat dan sendukkan atas piring baru tabur kelapa parut yang telah dikukus bersama secubit garam.

Sunday, October 26, 2014

AIS LABU SAGO

PENYEDAP TEKAK untuk hari ni.  Selalu buat ni pada time berbuka puasa. Tapi kerana permintaan kita buatlah juga. Dapat minum ni rasa macam tak mahu stop...nyaman..heaven.


Resepi : Slot Masak TV-Chef Hotel Felda

1/2 biji labu-potong dan rebus bersama 1 helai pandan, separuh untuk dikisar, separuh dipotong kiub
1/2 caw gula perang- kacau dgn sedikit air
1 caw susu fresh atau susu cair
1/2 caw biji sago saiz kecil di rebus-toskan
Ais kiub

Blendkan 1/2 labu dan tuang kedalam mangkuk atau jag.  Masukkan air gula dari gula perang, susu fresh. Masukkan sago, last sekali masukkan kiub labu dan ais kiub. Tadaa siap.