Saturday, December 8, 2012

APPLE PIE

PENAT,PENAT,PENAT...seterusnya seharian penat.

Sebenarnya tidaklah memenatkan sangat kalau dapat kedapur,  Kak Erra kalau dapat masuk dapur kira hilang tension.  Tapi kali ini berlainan pulak kisahnya.  First time buat Apple Pie sebab tergoda pada resepi dari luar negara ni dan paparan yang menarik di Youtube.  Tetapi dari seawalnya dah tahu dessert ini bukanlah febret familiku.

Memang ye pon.  Secubit saja yang dijamah suami dan anak.  Salah saya juga menghidangkan Apple Pie versi yg tak berapa jadi ni pada diaorang. Jom kita tengok, happy viewing frens..

Seronok tapi bukan febret dia...
 
 


 

Saturday, December 1, 2012

NASI AYAM SIMPLE

MENU tengahari ini ialah Nasi Ayam.  Versi Kak Erra yang sangat simple.  Saya rasa asas utama resepi ini ialah ayam goreng dan supnya.  Kalau tiada 2 benda ni memang nasi lain lah jadinya kan.  Sebenarnya ada kuah kicap dan sambal cili tapi dalam kelam kabut dah terlupa nak ambil gambar.  Normal lah tu sebab saya sememangnya kurang masa untuk snap photo2 yg menarik.  Maaflah sekiranya photonya tidak memuaskan hati.

Saturday, November 24, 2012

GORENGAN IKAN JERUK TENGGIRI

SALAM SEJAHTERA.

KADANG-KADANG teringin nak masak sesuatu yang senang.  Tapi yang ini lagi lah senang.  Kami satu keluarga memang suka makan ikan jeruk tenggiri ni esp. En Suami paling berselera.  Makan bersama dengan nasi panas dan ulam ulaman.  Couple yang paling sesuai pada pendapat saya untuk ikan jeruk tenggiri ini ialah masak lemak.  Terpulanglah masak lemak sayuran apa-apa ikut kegemaran, kalau saya Masak lemak Nenas paling disarankan. 

Yang tak suka ialah waktu menggoreng, maka semerbak satu dapur.  Kalau ada dapur kat luar rumah kan best!  Sesuatu yang harus difikirkan ni. Ikan Jeruk ni kalau di KL kita dapat ikan tenggiri,  tapi berlainan dengan arah Pantai Timur yang lebih kepada ikan gelama.

Cara-cara menggorengnya ialah:-

1.  2 potong ikan jeruk Tenggiri atau Gelama - dibersihkan.
2.  10 biji bawang putih - dihiris (Saya letak lebih untuk hilangkan hanyir dan bau yg tak selesa)
3.  2 biji bawang besar - dipotong baji (atau ikut suka masing2)
4.  5 biji cili api - (boleh juga guna cili besar merak dan hijau)
5.  Setengah cwn air asam jawa & secubit gula. Garam tidak perlu sebab ikan jeruk ni dah memang masin.
Kalau nak tukar air asam jawa kepada limau nipis pon boleh juga.

Goreng ikan sampai agak garing dan masukkan semua bahan-bahan diatas.



Saturday, November 17, 2012

DURIAN CREPE / LEMPENG INTI DURIAN

SALAM BAHAGIA kepada semua.

Sekarang dah musin durian agaknya.  Minggu ni dapat kiriman durian dari adik. Kalau makan tu sekeluarga kami ni tidak berapa gemar 'Raja buah' ni.  Saya try buat durian crepe ni.  Cari respi kat blog2 masakan ikut masing-masing resepila kan.  Sebenarnya rasa saya logiknya daripada dulu-dulu mak2 kita buat kuih lenggang takkan kita tak pernah tengok kut.

Bila layari resepi yang bermacam2 kdg membuatkan kita pening kan.  Tak apa itu diorang punya sukalah resepi diorang.  Saya guna resepi yang paling simple, jom kita cuba.


BAHAN-BAHANNYA:

Kulit Lempeng

1.  250  gm Tepong Gandum ; 2 Sb Tepong Jagung ; 2 Sb Tepong Ubi
2.  3 biji telor saiz sederhana
3. 200 ml santan (kotak)
4. 300 ml air (jadikan 500ml bila dicampur dgn santan)
5. 1/2 St garam
6. 1 Sb gula
7. 1 St essen vanila
8.  Perwarna yang disukai

Cara-cara:
1.  Tepong gandum, Tepong Jagung & Tepong ubi dicampur bersama.
2.  Masukkan semua bahan2 yang lain dan diblend.
3.  Tapiskan adunan. Panaskan kuali dan letakkan sesenduk adunan. lenggang sekeliling biar cantik bulatannya. Bila sudah berkilat terus angkat. Ulang buat sampai adunan habis.

Intinya

Fresh Cream atau Whipping Cream - dipukul kental
Isi durian dibuang biji

Cara-cara:

Isikan sesudu Cream diatas lempeng dan tambah isi durian, kemudian tutup balik dengan Cream tadi.  Lipat lah ikut kesesuaian.
Enak sekiranya diletak dalam petisejuk sebelum dimakan.

Saturday, November 3, 2012

PIZZA

MARI belajar buat Pizza.

Pizza buatan kita sendiri memang amat memuaskan hati samada dari segi rasa dan timbunan bahan-bahan 'topping di atas Pizza tesebut.  Di suatu petang tu kami sekeluarga dan ipar duai serta anak buah saya telah mengunjungi teratak buruk hamba.  Kami sepakat untuk minum petang kita sama-sama menguli Pizza.

 
Doh dan Topping siap untuk diOvenkan,  Oleh kerana tidak mempunyai Pan Pizza yang sepatutnya maka apa yang ada di gobuk ajalah jwbnya. Pakai tray yg bakar cookies.
 
 
Jom bakar, abaikan dapurku yang comots itew..
 
 
Trenggggg dah masak, dia keluarkan dengan senyuman.  Terima kasih anak buahku..
 
 
 
Acara selesai dengan - meh kita potong & ngapp!!
 
 


Friday, November 2, 2012

KETAM MASAK LEMAK KUNING

JUADAH LAUK yang menjadi kegemaran si bujang saya. Kadang-kadang ubah selera sebab selalunya saya buat sup halia ketam ni.  Kalau setakat 4 ekor ketam ni hanya untuk si bujang aje so kalau kami suami isteri nak join kena beli lebih.

 
 
Bahan-Bahan
 
1.   4 ekor ketam sederhana besar (Bersihkan dan buang cengkerangnya)
2.   6 Ulas bawang merah
3.   2 Ulas bawang putih
4.   Sebatang serai (dititik)
5.   Sehiris lengkuas
6.   1 St ketumbar ; sedikit serbuk kunyit
7.   3 biji ubi kentang dipotong baji
8.   4 senduk santan.  Sekiranya puan2 ingin menggunakan santan kotak, pakai sekotak dan tambah air sekotak yang sama.
9.   Garam
 
Cara-cara:
 
1.    Toskan ketam
2.    Masukkan Ubi kentang dalam periuk
3.    Tumbuk bawang merah, bawang putih, lengkuas, ketumbar dan masukkan kedalam periuk tadi
4.    Masukkan santan, kunyit dan serai, masak dengan mengacau perlahan-lahan. Bila sekali mengelegak masukkan ketam yang ditoskan tadi, rasalah garamnya.  Biar sekejap mengelegak terus padam api. Seafood tidak elok masak lama-lama.
 

Friday, October 26, 2012

JAMUAN TAKBIR HR QURBAN 2012

SHR QURBAN kepada semua muslimin dan muslimat.  Tahun ini adalah tahun pertama beraya di rumah sendiri.  Suami saya sibuk plan macam2 untuk menjamu tetanu di kejiranan.  Tapi saya memberi alasan tidak larat nak memasak banyak-banyak.  Lastnya suami nak juga ajak kawan2 semadrasah datang untuk bertakbir raya pada malam Raya qurban lepas.

Akak goreng makaroni je,  masak kuah kacang dan nasi impit.  Sebagai pencuci mulut ada lengkong pandan prune.