Friday, November 21, 2014

ACAR IKAN TENGGIRI

SALAM SEJAHTERA,  bertemu kembali.  Seperti hari hari sebelumnya masakan yang ringkas dan senang. Bahan bahan yang sedia ada dan tidak perlu sakit kepala nak pikir lauk apa yang nak dihidangkan untuk makan tengahari.  Yang penting keluarga kita menyukainya.  Acar Ikan ni boleh juga dibuat dengan ikan ikan apa saja yang digemari.  Tapi yang paling kerap saya buat ialah ikan tenggiri.


Resepi & Olahan : erramasak

Bahan bahannya:
2 keping ikan tenggiri - dibersihkan dan digaram kunyit
1 labu bawang besar - kuning
2 ulas bawang putih
1 hiris halia
1/2 caw air asam jawa
1 bj cili hijau dan merah
Secubit gula

Cara menyediakannya:
Goreng ikan yang telah digaram kunyit sampai garing dan ketepikan.
Dalam minyak yang sama, tumiskan bawang putih dan masukkan halia.  Bila sudah naik bau baru masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat. 
Seterusnya masukkan air asam jawa dan gula.  Kacau hingga agak pekat tambah sedikit air masak.
Masukkan ikan tadi dan cili yang telah dihiris membulat.
Rasa masam manis memang memikat selera dengan hidangan nasi panas.

GORENG LEMAK TEMPE KACANG PANJANG

RESEPI ini juga kahas untuk para isteri yang sentiasa sibuk bekerja dan mempunyai luang masa yang terbatas untuk kedapur.  Selalunya kita masak tempe goreng kan..tapi kalau selalu masak tempe goreng atau sambal tempe nanti 'orang rumah' komplin pulak.  Mari kita ubah sikit jadi 'Goreng Lemak Tempe bersama Kacang Panjang'.

Resepi & Olahan : erramasak

1 paket tempe - potong anggaran seinci
2 keping tauhu basah - potong sesaiz dengan tempe
10 ekor udang sederhana besar - dibersihkan/dibuang kulit
1 paket cendawan
10 btg kacang panjang - dipotong pendek
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 bj cili merah hidup
1 caw santan pekat

Cara cara penyediaan:
1.  Goreng tempe dan tauhu sampai agak garing - ketepikan
2.  Dalam minyak yang sama tumis bawang putih dah bawang merah, masukkan udang dan kacang panjang.
3.  Masukkan cendawan, cili merah.  Masukkan garam
4.  Masukkan tempe dan tauhu yang telah digoreng tadi.
5.  Akhir sekali masukkan santan pekat, kacau sebati dan tutup api.




Wednesday, November 19, 2014

ZEBRA BREAD PUDDING

ZEBRA BREAD PUDDING ini juga untuk jamuan esok..

Bahannya:
1 stripe agar2 atau serbuk agar2
1caw susu cair

1 bj telor
2 caw gula
3 kpg roti
Air ikut sukatan pd bungkusan agar2
3 sb tpg jagung
1 sb butter

Choco secukupnya.


Cara membuatnya:

Masakkan agar agar bersama daun pandan, bila dah hancur baru masukkan gula.  Kacau hingga gula hancur. Kecilkan api.
Blendkan Susu cair, Roti, Telor.  Seterusnya masukkan dalam adunan agar agar tadi, kecilkan api.  Masukkan tepung jangung dan butter.  Kacau dan tutup api.
Bahagikan adunan kepada 2 bhg; 1 bhg masukkan Choco dan satu lagi biar warna asal -Cream.
Lapiskan selang seli dalam loyang.  Masukkan dalam Peti Sejuk semalaman.


Tuesday, November 18, 2014

Sawdust Almond Pudding

Baru lepas melapis dua jenis dessert untuk jamuan esok hari.  Sepatutnya saya buat satu menu untuk dessert tapi oleh kerana bahan bahan yang dah tersedia maka tambah satu lagi lah.  Dapat idea buat Sawdust Almond Pudding dari'youtube' dan www.kongsiresepi.com

Penyediaan yang cepat dan ringkas, 10 minit pun boleh siap.


Emergency nak buat bekas kecil dah habis, maka ginilah jadinya..half jer isinya.  


Bawa ke opis, separuhnya tinggal kat rumah utk orang rumah.  Resepinya akan menyusul.

Sunday, November 16, 2014

Milky AvocaApple

Bismillah,  kalau ikutkan buah Avocado ni nak kena kawinkan dengan buah apa ye?  Ada sesape yang boleh beritahu tak.  Saya sudah minum jus ni selama 2.5 bulan.  Hanya kawinkan bersama Apple Hijau.  Haritu try dengan buah kiwi tapi tidak berapa ngam.

Khasiat minuman ni yang sebenar tak tahulah kan cuma kita ikut apa yang kawan kawan beritahu selebihnya 'google'.  Tapi bagi saya yang paling ketara ialah ianya adalah bahan mempercepat penghadaman.  Sekaranag ni lagi senang penyediaannya setelah ada 'Shake n Take' ni.  Satu blender mini yang boleh di bawa kemana jua. Sana sini sebenarnya orang dok pakai blender ni. Ada dijual di pasar pasar malam terpilih katanya, tapi saya order dari Lazada.


Sumber Resepi : erramasak
1 biji buah Avocado
1/4 caw plain yogurt drink
1/2 biji Apple Hijau
3 helai daun mint
1 gelas air dari petiais

Semua bahan di atas diblendkan bersama.  Bagi yang suka manis bolehlah tambah 2 sudu brown sugar.  Tadaaa senangkan. Apa kata jom kita minum sama sama.  



Saturday, November 15, 2014

LALA GORENG SOS TIRAM

Lala ni salah satu kegemaran kat rumah ni la kan.  Tapi my boys ni suka ratah, so apabila makan nasi diorang akan ketepikan Lala ni untuk makan di pengakhiran sekali.

Sumber Resepi :  erramasak
1 Kg Lala- dikepak dan bersihkan
2 btg serai - dititik
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili pada
2 sb sos tiram
2 st tepong jagung -bancuh dgn 1/2 cawan air suam
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:
Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk,  masukkan cili padi yang telah ditumbuk sedikit agak agak terbelah. Masukkan serai serta sos tiram.
Seterusnya masukkan Lala dan kacau.  Masukkan garam.
Akhir sekali masukkan tepong jagung yang telah dibancuh tadi.  Tutup api.




Sunday, November 9, 2014

CEMPEDAK GORENG LEMAK MANIS

TERIMA KASIH jiranku atas pemberian buah cempedak ni.  Walaupun hanya sebiji tapi harum bau seluruh rumah.  anak bujang saya memang tak sabar sabar minta suruh cepat goreng ni.  Resepinya semua orang dah tahu kan.  Saya guna tepung goreng pisang segera Adabi tu. bancuh jer dengan air, celup celup goreng.

 Pekena dengan secawe kopi panas.