Friday, December 21, 2012

POPIA GORENG

KADANG-KADANG teringin sesuatu yang simple ringkas.  Terutamanya waktu petang, sambil lepak-lepak bersama anak dan suami.  Selalunya saya beli aje Popia atau kueh lain untuk minum petang, tapi orang rumah tu tak puas makan.  Kita ringankan tulang untuk yang tersayang sekali sekala apa salahnya. Jom kedapur.
Penyediaan bahan-bahan yang amat senang dan ringkas.

Sempurna digoreng.

Maaf, gulungan daku tidak berapa kemas.  Tapi makan panas-panas, kejap je abisss..

Saturday, December 15, 2012

SARAPAN YG SIMPLE

BUNTU memikirkan nak masak apa untuk menu sarapan.  Jom kita bekfes kat luar nak?  Uikksss tak boleh sebab time anak cuti mesti mummy kena masak.  Arahan tu kena patuh!  Begitulah kisahnya kalau anak bujang saya bercuti.  Malas nak pening kepala kita 'sandwichkan dia'



IKAN TALAPIA GORENG LADA

TREEENGGGGGG!!!!1 Stress akak.. sebenarnya suami saya dapat Ikan Talapia daripada kawannya yang menjala di kolam UNISEL.  tak tahulah mana tempat tu kan.  ada 6 ekor.  tapi saya pass pada jiran dan hanya tinggal seekor saja untuk masak pada suami. Jujurnya saya tak makan ikan ni.

Tibalah masa nak menyiangnya.  Aduyai selalu beli ikan dah siap siang di pasar, tinggal bersihkan saja.  Sebenarnya saya tahu siang ikan tapi kalau ikan talapia tak pernah.  Mari kita cuba yek...Ikan ni masih hidup.

Dah habis siang dan mengikis sisiknya, anak saya datang dan tabik dia sebab tengok saya dengan jayanya menyiang ikan ni.
Lepas tu apa lagi masak lah pulak..Mengikut permintaan suami. Goreng Bercili.




Friday, December 14, 2012

BULAN TENGKUJUH

SALAM kunjung berkunjung.

Sejak sebulan lalu keadaan cuaca mendung saja.  Kadang-kadang dari pagi lagi mendung.  Jemuran lembab seharian.  Ini akan membawa kepada penghujung Feb tahun depan mengikut ramalan kajicuaca. 

"Hujan itu rahmat.." Pesan bondaku yg selalu dalam ingatan.

Alkisah dapur pun agak lembab juga tak berasap. Bukan malas tetapi permintaan dari isi rumah kurang menyengat.  Banyak outing dan makan di luar.


 
 
Salah satu tempat kunjungan kami sekeluarga ialah kawasan perkebunan - dusun seorang saudara mara.  Terpikat kami dengan kedamaian tempat ini.  
 

Sunday, December 9, 2012

PUDING ARORA

WALAUPUN HARI AGAK MENDUNG KEBELAKANGA NI,  tidak membataska saya untuk men'dessert.  Kali ni saya buat Puding Pelangi Arora ni.  Puding ni cantik sangat (ini kes angkat baku sendiri..)  Cara membuatnya senang saja seperti penyediaan puding yang lain-lain tu juga cuma cara melapis agak remeh.

Kepada yang belum pernah membuat puding ni, ianya terhasil dengan melapis ikut satu warna kemudian diikuti dengan warna yang lain seterusnya sampai habis.  Tray diletak tinggi sebelah untuk mendapat bentuk lapisan yang cantik belangnya.
 


Setelah siap lapisan, boleh disejukkan dan potonglah ikut suka caranya.


Saturday, December 8, 2012

APPLE PIE

PENAT,PENAT,PENAT...seterusnya seharian penat.

Sebenarnya tidaklah memenatkan sangat kalau dapat kedapur,  Kak Erra kalau dapat masuk dapur kira hilang tension.  Tapi kali ini berlainan pulak kisahnya.  First time buat Apple Pie sebab tergoda pada resepi dari luar negara ni dan paparan yang menarik di Youtube.  Tetapi dari seawalnya dah tahu dessert ini bukanlah febret familiku.

Memang ye pon.  Secubit saja yang dijamah suami dan anak.  Salah saya juga menghidangkan Apple Pie versi yg tak berapa jadi ni pada diaorang. Jom kita tengok, happy viewing frens..

Seronok tapi bukan febret dia...
 
 


 

Saturday, December 1, 2012

NASI AYAM SIMPLE

MENU tengahari ini ialah Nasi Ayam.  Versi Kak Erra yang sangat simple.  Saya rasa asas utama resepi ini ialah ayam goreng dan supnya.  Kalau tiada 2 benda ni memang nasi lain lah jadinya kan.  Sebenarnya ada kuah kicap dan sambal cili tapi dalam kelam kabut dah terlupa nak ambil gambar.  Normal lah tu sebab saya sememangnya kurang masa untuk snap photo2 yg menarik.  Maaflah sekiranya photonya tidak memuaskan hati.

Saturday, November 24, 2012

GORENGAN IKAN JERUK TENGGIRI

SALAM SEJAHTERA.

KADANG-KADANG teringin nak masak sesuatu yang senang.  Tapi yang ini lagi lah senang.  Kami satu keluarga memang suka makan ikan jeruk tenggiri ni esp. En Suami paling berselera.  Makan bersama dengan nasi panas dan ulam ulaman.  Couple yang paling sesuai pada pendapat saya untuk ikan jeruk tenggiri ini ialah masak lemak.  Terpulanglah masak lemak sayuran apa-apa ikut kegemaran, kalau saya Masak lemak Nenas paling disarankan. 

Yang tak suka ialah waktu menggoreng, maka semerbak satu dapur.  Kalau ada dapur kat luar rumah kan best!  Sesuatu yang harus difikirkan ni. Ikan Jeruk ni kalau di KL kita dapat ikan tenggiri,  tapi berlainan dengan arah Pantai Timur yang lebih kepada ikan gelama.

Cara-cara menggorengnya ialah:-

1.  2 potong ikan jeruk Tenggiri atau Gelama - dibersihkan.
2.  10 biji bawang putih - dihiris (Saya letak lebih untuk hilangkan hanyir dan bau yg tak selesa)
3.  2 biji bawang besar - dipotong baji (atau ikut suka masing2)
4.  5 biji cili api - (boleh juga guna cili besar merak dan hijau)
5.  Setengah cwn air asam jawa & secubit gula. Garam tidak perlu sebab ikan jeruk ni dah memang masin.
Kalau nak tukar air asam jawa kepada limau nipis pon boleh juga.

Goreng ikan sampai agak garing dan masukkan semua bahan-bahan diatas.



Saturday, November 17, 2012

DURIAN CREPE / LEMPENG INTI DURIAN

SALAM BAHAGIA kepada semua.

Sekarang dah musin durian agaknya.  Minggu ni dapat kiriman durian dari adik. Kalau makan tu sekeluarga kami ni tidak berapa gemar 'Raja buah' ni.  Saya try buat durian crepe ni.  Cari respi kat blog2 masakan ikut masing-masing resepila kan.  Sebenarnya rasa saya logiknya daripada dulu-dulu mak2 kita buat kuih lenggang takkan kita tak pernah tengok kut.

Bila layari resepi yang bermacam2 kdg membuatkan kita pening kan.  Tak apa itu diorang punya sukalah resepi diorang.  Saya guna resepi yang paling simple, jom kita cuba.


BAHAN-BAHANNYA:

Kulit Lempeng

1.  250  gm Tepong Gandum ; 2 Sb Tepong Jagung ; 2 Sb Tepong Ubi
2.  3 biji telor saiz sederhana
3. 200 ml santan (kotak)
4. 300 ml air (jadikan 500ml bila dicampur dgn santan)
5. 1/2 St garam
6. 1 Sb gula
7. 1 St essen vanila
8.  Perwarna yang disukai

Cara-cara:
1.  Tepong gandum, Tepong Jagung & Tepong ubi dicampur bersama.
2.  Masukkan semua bahan2 yang lain dan diblend.
3.  Tapiskan adunan. Panaskan kuali dan letakkan sesenduk adunan. lenggang sekeliling biar cantik bulatannya. Bila sudah berkilat terus angkat. Ulang buat sampai adunan habis.

Intinya

Fresh Cream atau Whipping Cream - dipukul kental
Isi durian dibuang biji

Cara-cara:

Isikan sesudu Cream diatas lempeng dan tambah isi durian, kemudian tutup balik dengan Cream tadi.  Lipat lah ikut kesesuaian.
Enak sekiranya diletak dalam petisejuk sebelum dimakan.

Saturday, November 3, 2012

PIZZA

MARI belajar buat Pizza.

Pizza buatan kita sendiri memang amat memuaskan hati samada dari segi rasa dan timbunan bahan-bahan 'topping di atas Pizza tesebut.  Di suatu petang tu kami sekeluarga dan ipar duai serta anak buah saya telah mengunjungi teratak buruk hamba.  Kami sepakat untuk minum petang kita sama-sama menguli Pizza.

 
Doh dan Topping siap untuk diOvenkan,  Oleh kerana tidak mempunyai Pan Pizza yang sepatutnya maka apa yang ada di gobuk ajalah jwbnya. Pakai tray yg bakar cookies.
 
 
Jom bakar, abaikan dapurku yang comots itew..
 
 
Trenggggg dah masak, dia keluarkan dengan senyuman.  Terima kasih anak buahku..
 
 
 
Acara selesai dengan - meh kita potong & ngapp!!
 
 


Friday, November 2, 2012

KETAM MASAK LEMAK KUNING

JUADAH LAUK yang menjadi kegemaran si bujang saya. Kadang-kadang ubah selera sebab selalunya saya buat sup halia ketam ni.  Kalau setakat 4 ekor ketam ni hanya untuk si bujang aje so kalau kami suami isteri nak join kena beli lebih.

 
 
Bahan-Bahan
 
1.   4 ekor ketam sederhana besar (Bersihkan dan buang cengkerangnya)
2.   6 Ulas bawang merah
3.   2 Ulas bawang putih
4.   Sebatang serai (dititik)
5.   Sehiris lengkuas
6.   1 St ketumbar ; sedikit serbuk kunyit
7.   3 biji ubi kentang dipotong baji
8.   4 senduk santan.  Sekiranya puan2 ingin menggunakan santan kotak, pakai sekotak dan tambah air sekotak yang sama.
9.   Garam
 
Cara-cara:
 
1.    Toskan ketam
2.    Masukkan Ubi kentang dalam periuk
3.    Tumbuk bawang merah, bawang putih, lengkuas, ketumbar dan masukkan kedalam periuk tadi
4.    Masukkan santan, kunyit dan serai, masak dengan mengacau perlahan-lahan. Bila sekali mengelegak masukkan ketam yang ditoskan tadi, rasalah garamnya.  Biar sekejap mengelegak terus padam api. Seafood tidak elok masak lama-lama.
 

Friday, October 26, 2012

JAMUAN TAKBIR HR QURBAN 2012

SHR QURBAN kepada semua muslimin dan muslimat.  Tahun ini adalah tahun pertama beraya di rumah sendiri.  Suami saya sibuk plan macam2 untuk menjamu tetanu di kejiranan.  Tapi saya memberi alasan tidak larat nak memasak banyak-banyak.  Lastnya suami nak juga ajak kawan2 semadrasah datang untuk bertakbir raya pada malam Raya qurban lepas.

Akak goreng makaroni je,  masak kuah kacang dan nasi impit.  Sebagai pencuci mulut ada lengkong pandan prune. 


 

Saturday, October 13, 2012

PULUT MANGGA


Menu dessert yang paling saya suka.  Sebenarnya saya penggemar buah mangga.  Kalau bosan buat jus, tu yang merangka sampai buat pulut mangga ni.  Ianya dimakan dengan kuah santan.  Amat popular di Pantai Timur, khususnya Negeri Kelantan.  Kalau nak cari di KL mungkin susah sikitla. 

 


Buah Mangga ni kalau dapat yang 'Indian Manggo lagi berbaloi, rasanya wallah sedap & manissss sangat!
 
 
 
Sedap dimakan setelah disejukkan.
 
 
Setengah orang tak suka dessert ni sebab ada yang tak makan pulut.  For me..okay aje janji kita try dulu baru tau serasi dengan selera ke tak..tak gitu.
 


RED VELVET CAKE

SALAM BAHAGIA.   Sebenarnya dah banyak kali saya membuat RVC ni tapi tiada kesempatan untuk update di sini.  RVC ni kegemaran anak beranak kiranya.  Rasanya resepi boleh diambil dimana-mana sebab saya pun merujuk dan tokok tambah resepi dari kawan-kawan dan blogger masak.



Nampak tak cantik luaran kan? Saya bukan pakar buat Kek sebenarnya.

Kepada yang berminat JOM kita tengok resepi, okay.

Bahan-bahannya:

1.  2 1/2 caw tepong gandum yang telah diayak bersama serbuk koko
2.  2 sb serbuk koko
3.  1 1/2 butter-unsalted
4.  250 gm gula halus
5.  2 bj telor
6.  1 st essen vanila, secubit garam
7.  1 cwn butter milk (sekotak kecil fresh milk + 1 st jus lemon- peram 20 min)
8. 1 st cuka mkn,pewarna merah jambu secukupnya & 1 st baking soda

Cara membuatnya:

Panaskan oven terlebih dahulu.
Sediakan buttermilk dan campurkan dengan pewarna merah
Putar butter sampai putih, kembang, masukkan gula dan pukul sebati. Masukkan telor sebiji-pukul-sebiji-pukul sehingga sebati dan kembang. Masukkan tepong gandum+serbuk koko sedikit berselang seli dengan buttermilk.  Ulang proses ini sampai habis. Masukkan juga secubit garam.
Dalam cawan lain campurkan baking soda deng cuka, kacau sampai berbuih, masukkan dlm adunan kek seterusnya kedalam loyang dan terus bakar selama lebih kurang 30 min.
Bila dah masak sejukkan.  Terpulang nak potong berapa layer kemudian sapukan Cream Cheese frosting dalam peti sejuk baru potong.

Dah letak Topping pon nampak tiada serinya, maklumlah orang tidak berguru.

Cara-cara membuat Cream Cheese:

Sepeket Cream cheese -saya suka Philadelphia
30 gram butter
1 sb jus lemon, sedikit essen vanila
1 sb fresh milk
100 gm gula icing
Pukul semua bahan di atas sampai kembang, gebu.


Dah dipotong anak beranak kata sedap.  Jadilah tu untuk puaskan hati sendiri.
Elok ke kita tukar nama Kek ni jadi Kek Comots!

Monday, October 8, 2012

MACARONI GORENG PEDAS

TETIBA terlebih rajin.  Masak Macaroni dan menjamu rakan-rakan sepejabat.  Sekali sekala makan Macaroni ni best juga tukar selera. 

 
Akak tambah Crab Balls & Cili Padi, memang pedas menyengat!!
 
 
 
 
 


Saturday, September 22, 2012

BREAD PUDDING VANILA SOS

MENU pencuci mulut lagi.

Permintaan seorang teman.  Walaupun Bread Pudding ni tergaring sedikit tapi setelah dipalit dengan Vanila Sos memang sedap.
Bread Pudding yang kenyal sedikit akibat kurang adunan susu dan telor.
 
 


Saturday, September 15, 2012

ROTI JALA aka ROTI KIRAI

ALKISAHNYA TERSEBUT zaman emak saya dahulu Roti Jala ni hanya berwarna kuning.  Kalau letak warna lain mungkin namanya berubah bukan lagi Roti Jala.  Tapi masa kini dah bermacam-macam warna roti Jala ni diubah suai.  Sapa yang nak buat warna apa pon terpulang masing-masing.  Kebetulan akak ada dua warna ni yang memang sentiasa tersedia di gobok buruk ku. Warna Kuning
telor dan Pandan.

Sesuai sangat untuk hidangan petang.  Senang untuk sediakan dengan masa yang terbatas.

Maaf, dengan paparan gambar dan 'gulungan yang tak berapa sempurna.
 
 
Pekena dengan Kari ayam atau Daging.  Kali ni saya masak Kari Sardine.
 
Spesis Roti Jala Hijau Kuning =KEDAH!
 


Saturday, September 1, 2012

BENDI GORENG UDANG KERING

KACANG BENDI adalah sejenis sayuran yang senang diperolehi terutamanya di pasar-pasar.  Kadang-kadang saya rabun mata bila tengok Kacang Bendi dipasarkan, bertimbun.  Segar menghijau.  Kebiasaannya saya bila nak membelinya terpaksa mematahkan sedikit pada hujung (bukn sebelah tangkai).  Sekiranya patah elok maka ianya masih muda sebaliknya kalau liat untuk patah jangan beli.

Enak digoreng untuk juadah tambahan pada lauk.  Kadang-kadang saya masak asam pindang saja.  Sedap juga kalau masukkan dalam kari ikan atau masak asam pedas ikan.

 
Photo dari @Google:)-

 
 
 
Bendi Goreng Udang Kering
 
Bahan-bahannya:
 
Seikat Kacang Bendi - Potong dan cuci bersih- perlu dikikis sedikit kulitnya kerana mempunyai bulu halus yang tidak selesa bila dikunyah.
 
5 Ulas Bawang Putih - dihiris-hiris
2 Ulas Bawang mera -dihiris bulat
2 Sudu besar Udang Kering
1 Sudu besar Tauchu
1 Sudu besar Sos tiram
2 Sudu besar Cili Merah digiling
Garam secukup rasa
 
Tumiskan kesemua bahan-bahan, last baru masukkan Kacang Bendi.  Sekiranya perlu lembab masukkan sedikit air.
 
 


Sunday, July 8, 2012

Masak Lemak Pucuk Ubi dan Cendawan

Jom kita kongsi resepi ni,  sebenarnya semua orang tahu masak lemak pucuk ubi ni kan..kalau cam tu kita tengok gambar je lah.


BHN-BHN:

1. Secekak pucuk ubi (kalau beli kena seikat-mana ada orang jual secekak)
2. Sepeket cendawan (apa-apa jenis)
3. 2 Caw santan
4. Segenggam ikan bilis
5. 1 sk ketumbar, 1 sk kunyit serbuk
6. 1 ulas bwg putih, 2 ulas bwg merah
6. Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Celor pucuk ubi (agak-agak empuk) , cuci cendawan dan siat.
2. Tumbuk ketumbar, masuk bwg putih, bwg merah, kunyi dan ikan bilis.  Tumbuk jangan terlalu hancur
3. Masukkan pucuk ubi yg telah dicelor dlm periuk dan masukkan santan.
4. Masukkan semua bahan tumbuk.
5. Masukkan cendawan yg telah ditoskan airnya. Kacau sampai mendidih, masukkan garam dan potong lada merah. Siap dah.

Friday, April 6, 2012

PUDING KOKO BERKENTANG

DESSERT ni kalau buat memang kena bawa ke Pejabat.  Kalau kat rumah jawabnya memang berminggu tak habis.  Daripada sakit hati tengok dalam fridge lebih baik kita jamu tetamu akak ni..

Seorang teman yang tidak lagi bersamaku..hukhuk..
 
 
Ter'Flash, warna pon berubah..
 
Lagi tetamu ku yang berkunjung.  Terima kasih frens.
 
 


Saturday, January 28, 2012

CHICKEN CURRY PUFF

SARAPAN
 
OPPSSSS!! yang ini terlupa nak sapu kuning telor diatasnya.
 
 
 


Menu minum pagi yang paling digemari oleh sekeluarga,  ciplak sikit IKEA karipap giant yg ada inti telor rebus.  Boleh tahan, rangup diluar, spicy di dalam.

Saturday, January 21, 2012

Pisang Sira Berkismis

DESSERT


Makanan pencuci mulut yang tidak asing bagi kerabat Pantai Timur,  dapat  pisang dari jiran sebelah rasa teringin pulak nak makan Pisang Sira.

Saturday, January 14, 2012

Custard Cherry Puding

DESSERT


Memang kegemaran saya, sesuai untuk membasahkan tekak ketika musim panas.  Kalau rajin boleh letak kuah, tapi macam gini pun okay jugak.

Saturday, January 7, 2012

Hotdog Gulung Quaker

SARAPAN

TIBA giliran bersiaran untuk satu sarapan yang ringkas tapi menjadi kegemaran kanak-kanak sedunia.