Monday, June 24, 2013

PUDING MANGGO LEMAK BERKERIM

Jom kita buat puding pencuci mulut yg simple.  Rasanya ramai ibu2 yg pandai buat dessert ni.  saya kalau buat dessert ni kena kurangkan kandungan gula, kalau tak En Suami komplain manis.

Begini rupanya apabila siap dipotong.

Bahan2 utk menyediakannya spt berikut:
1 peket agar2 - rebus bersama dgn 6 gelas air dan 2 helai daun pandan.  rebus sampai hancur, slowkan api.
Seterusnya masukkan 2 sudu butter dan kacau adunan.
Dlm bekas lain pukul sebiji telor bersama 1sudu besar tepong custard, 1 tin susu cair dan setengah caw susu pekat (ikut kesukaan kemanisannya).  Masukkan kedalam adunan agar2 tadi. Kacau rata jangan sampai gelegak, agak-agak berbuih tutupkan api.
Sendukkan kedalam loyang atau apa2 acuan yang disukai.  Last taburkan hirisan mangga di atasnya.  Sejukkan dalam peti sejuk.

URAP TEMPE my style

Assalam teman2 serta pengunjung rumah sy yg tak seberapa ni.  Jom kita masak sesuatu yg paling simple dan ada tersedia dlm petiais kat rumah kita.  Tapi kalau kat petiais xde apa2 jom le kita ke pasar senang citer.

Menu simple hari ni..Urap Tempe. Ala2 sambal goreng Jawa tu. Kita tgk gambar dulu lps tu baru saya kongsi cara untuk membuatnya.

Boleh makan dgn nasi atau bagi yg suka meratah tu memang sesuai sgt.

Bahan2 adalah seperti berikut:


1. Sepeket cendawan-biasanya sy beli dlm Rm3.  Bersihkan dan siat2 kecil. Toskan airnya.
2.  2 peket tempe - potong nipis dan letak garam kunyit.
3. 2 keping tauhu (potong nipis kiub)
4. Sekeping tauhu pucuk (potong dan rendam air)
5. Setengah cwn susu cair
6.  3 ulas bawang putih (tumbuk pecah) ; 1 labu bwg besar (ptg bulat)
7. 2 biji cili merah (ikut suka kepedasan)
8.  Minyak untuk menumis ; garam secukup rasa

Cara-cara memasak:
Tempe dan tauhu dicelup dlm adunan susu air yg telah dipikul dgn sesudu tepong jagung, kemudian goreng garing, serdak gorengan jangan dibuang, ketepikan.
Tumiskan bwg putih sampai nak bau dan masukkan tauhu, tempe, cendawan serta pucuk tauhu tadi bersama. Masukkan garam, sekiranya suka manis masukkan secubit gula perang.  Masukkan cili merah dan last masukkan serdak lebihan gorengan, kacau rata, siap.


Friday, April 19, 2013

NASI AYAM BERAS PANJANG

Masak Nasi Ayam apabila malas untuk masak lauk-lauk yang lain.  Tak payanh nak fikir tentang ikan goreng, sayur atau kuah yang lain.

Sup Kentang saja kembarnya.


Ayamnya digoreng setelah diperap dengan kicap dan minyak bijan.


HOKAIDO SIFON CUPCAKE

Bersua kembali.  Begitulah namanya cupcake yang teramat gebu dan mencari di dalam mulut.  selalu saya membeli kat kedai tapi hati terpanggil untuk mencuba.  Tetapi resepinya saya telah campur adukkan dari para resepi dari internet.

Hasilnya tidaklah berapa bagus tapi tidak juga mengecewakan.

Sudah dituang dalam kelongsong. Ready utk diovenkan.

Bakar lebih kurang 20 mins.

Letak topping sikit.  terpulang pada kegemaran masing-masing untuk letak perisa yang digemari.

Sunday, April 14, 2013

BIHUN GORENG KICAP

JOM kita sarapan sama-sama.  Pagi yang nyaman,  kadang-kadang malas untuk keluar sarapan kat luar.  Apa yang ada dalam peti sejuk kita gunakan sepenuhnya.  Ada sedikit bihun cukup untuk 2 beranak.
Saya tambahkan sesudu besar tauchu semasa menumis dan perah sedikit jus lemon semasa nak hidangkan.  Rasa agak masam tapi tidak keterlaluan.  Anak bujang panggil ini 'bihun goreng bodoh'. Apa-apa ajelah.

Sekali-sekala bihun goreng tanpa rencah udang atau ayam sedap juga.

Sememangnya 'plain, hanya kicap semata.

Sunday, March 31, 2013

JUS DELIMA

OLEH KERANA  susah nak dapat Jus Delima yang 'pure' maka saya mengambil keputusan untuk membuatnya sendiri.

Beli buah yang agak besar dan berwarna merah tua kulitnya.

Bersih dan Potong kecil sebelum dikisar.

Siap, boleh diminum terus atau sejukkan dahulu dalam peti sejuk.  Arghh nikmatnya.

Friday, March 22, 2013

MACARONI BAKAR

PERMINTAAN seseorang.  Sekali sekala pekena pasta ni memang berselera.  Setengah orang suka cicah sos cili tapi boleh juga makan begitu saja.

Ini yang belum masuk oven daaaa!
Treeng dah masak, masih panas, sedap!

Resepinya yang mudah dan ringkas.

Bahan-bahannya:

1.  Sebungkus Macaroni (Boleh buat separuh bagi family kecil), rebus dan toskan.

Bhn untuk inti:

Daging cincang
10 ulas bawang putih- tumbuk
2 labu bawang besar-potong dadu
1 Capsicum merah-potong dadu
Minyak utk menumis, garam secukup rasa
1 tin sederhana tomato puree
Sesenduk cili kisar
1 tin cendawan - hiris
Sedikit daun kucai & daun sup - hiris
1 biji buah tomato- potong dadu
Lada sulah, Lada hitam.

Cara:  Tumiskan seperti biasa, sesudah masak angkat baru tabur dengan daun kucai dan daun sup. Gaul dengan Macaroni. Ketepikan.

Bahan untuk white sos:

1 tin susu cair / fresh milk 
3 sudu besar tepong gandum
3 biji telor
2 sudu butter
1 tin air

Cara:  Panaskan periuk, masukkan butter, susu dan air.  Biar sekejap jgn sampai mendidih.  Sementara itu bancuh tepong dengan sedikit air, masukkan telor, kacau sebati.  Masukkan dlm adunan susu tadi, kacau pekat, matikan api.

Cara Melapis:
Lapisan paling bawah ialah Macaroni yang telah digaul dengan inti, kemudian curah white sos, Lapis lagi dengan Macaroni dan akhir sekali white sos.  Tabur dengan lapisan cheese Mozarella atau apa saja yang digemari.  Last tabur oregano.  Bakarlah lebih kurang 20 minit.
  


AISKERIM CAMPUR

Sedap betul bila layan aiskerim waktu panas.  Saya beli aiskerim (xpandai nak membuatnya).  Beli buah laici, longan, mangga dan biji kabong.  Walnut memang tersedia di gobok dapur.

Terpulanglah pada masing2 nak perisa apa. Bagi kami perisa vanila memang slurpp.





PUDING BANDUNG SUSU

Hidangan pencuci mulut yang simple.  Saya buat ni untuk mengunjungi seorang BFF yang kenduri aqiqah anak perempuan.

*Pink* memang senonim dengan diriku!

Sunday, February 24, 2013

AYAM MERAH CILI HIDUP

Ini memang resepi mak mertuaku.  Saya sebenarnya banyak belajar memasak dari beliau,  banyak jasa orang tua ni.  Mak I love u so much!  Masakannya tidak pernah mengecewakan.

Ianya masakan yang biasa seperti Ayam Masak Merah yang semua orang dok buat.  Sesuai untuk dimakan bersama aneka nasi.  Kali ni saya ubah sikit dengan resepi Mak Mertua.  Jom kita semak resepi.

1/2 ekor ayam dipotong kecil dan garam kunyitkan
10 biji cili merah-biasa kita guna cili kering
1 asam keping
Secubit serbuk stok ayam.
2 biji bawang besar kuning

Ayam digoreng jgn terlalu garing. Ketepikan.
Tumis cili yang telah dikisar sampai agak garing dgn minyak gorengan ayam tadi. Masukkan bawang yang dipotong bulat dan asam keping.  Masukkan sedikit air masak serta serbuk pati ayam.
Gaul sebati dan masukkan ayam yg telah digoreng tadi. Siap.

Saturday, February 23, 2013

PEGEDIL KENTANG

Masak Pegedil ni untuk tambahan kepada lauk untuk makan tengahari, tapi anak saya suka makan tanpa nasi.  Saya bulatkan dalam saiz bentuk yang agak kecil dari saiz asalnya.  Seronok tengok anak makan berulang-ulang.

Bahan yang ada tersedia kat rumah aje:

6 Biji Kentang saiz sederhana
Setangkai daun sup
2 Sudu Besar Bawang goreng
2 Biji Cili merah & Cili Hijau
Setengah cawan Tepong Gorengan Ayam
Setengah cawan Daging cincang - boleh guna Ayam kalau suka
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Sebiji telor -dipukul-untuk celup adunan

Cara membuatnya: (Mesti semua orang tahu ni kan, bohong kalau tak tahu..)
1.  Kentang dihiris nipis, kemudian digoreng dalam minyak penuh, angat dan toskan lepas tu tumbuk hancur. Masukkan garam.
2.  Potong Daun Sup, Cili dan masukkan dlm adunan kentang yg telah hancur.  Masukkan daging cincang, masukkan pula tepong dan last masukkan bawang goreng (kalau takde bawang besar pon boleh).
3.  Bulatkanlah ikut citarasa.
4.  Celupkan dalam telor yg dipukul dan goreng dalam minyak panas.



Friday, February 22, 2013

MUFFIN VANILA KISMIS

TADAAAAA..salam untuk semua.  Yok kita buat muffin.  Saya buat yang senang aje.  Kadang-kadang teringin nak buat gambar topping yang meriah mcm kwn2 buat.  Tapi saya tak pandai la pulak.  Jom tengok muffin simple saya, taruk vanila dan kismis saja.

Abaikan lah yang dah kena gigits itew.


Saturday, February 16, 2013

LAKSA JOHOR

PEMINAT LAKSA yeaaa.  Tapi Laksa Johor je.  Laksa lain2 kureng sikit bagi saya. Kuah Laksa ni kalau kita masak sendiri lagi menciutkan. Tak gitu..Saya tengok dekat blog kwn2 banyaknya rencah.  Tapi saya pakai apa yang tersirat di sanubari je.

Yang penting bahan wajib...ikan kembong atau ikan tenggiri, santan.






Sunday, January 20, 2013

KEK TIRAMISU

BERSIARAN lagi,  kali ni seperti biasa men'dessert' lagi.  Kali pertama buat  Tiramisu untuk sambut hari lahir anakbuah.

Buat dalam bekas kecil sebab senang nak pass pada yang berhajat.

Yang ada cuma Buah Strawberry, kalau ada lagi byk jenis buah mungkin lebih sedap.

Sedap dimakan ketika sejuk.




Saturday, January 19, 2013

KEK SANDWICH WALNUT

BUAT kek..yea! happy sungguh bila nak buat kek.  Kek Sandwich ni resepi turun temurun kiranya.  Dari zaman arwah nenek belah suami saya.  Apa yang saya ingat ialah kalau setiap kali ada kenduri atau family meeting mesti ada kek ini.

Tapi kawan-kawan kali ni saya dah derhaka sedikit resepinya.  Upss bonda jangan mareee ha..(Gaya P.Ramlee cakap).  Saya memang gagal kalau buat icing atau mendeco kek.  Minta maaflah ye.  Rasanya semua nozel dah beli daripada bunga ke daun ke akar tapi yang ada cuma yang batang jer.  Saya dah lupa letak rupanya.  Adunan dah ready takkan nak tunggu kan. Picit jer apa yang ada.

Komen dari anak paling tak suka dengar, mummy you tak kreatif.  Komen pasal deco kek ini.  Sabarje lah.


Kepada yang berminat mari semak resepinya.

Bahan-bahannya:
3 caw tepong gandum, boleh juga tepong naik sendiri
6 biji telor ayam saiz sederhana
2 caw Mentega
2 caw Gula halus
1 sudu teh Vanilla essen
1sudu teh baking powder
Segenggam Walnut dihentak (sedikit hancur) - resepi sebenar tiada Walnut
5 sudu besar jem strawberry
2 sudu besar golden Syrup (Wajib letak)

Resepi sebenar Kek ni tiada topping, dia togel jer cuma ditabur gula halus di atasnya, tiada juga dua warna  cuma saya telah variasikan.

Cara membuatnya adalah sama dengan kek-kek yang lain (dah terlebih rajin nak mengarang- terbalikkan ayat ini)

Friday, January 18, 2013

COCONUT MACARON COOKIES

TIBA- tiba teringin nak buat Macaron.  Pernah cuba Macaron biasa tapi remeh sikit cara pembuatannya.  Hasil yang saya buat agak tidak memuaskan.  Jom kita try Coconut Macaron.

Boleh tahan sedapnye, sapa berminat boleh try.

Kita sama-sama tengok resepi.

1. 60 gm putih telor
2.  50 gm gula caster
3. 2 sb tepong jagong
1 st krim of tartar
80 gm parutan kelapa kering
Hiasan chokelat masakan putih atau ikut kegematan masing2.

Cara: 

Pukul telor dan gula sampai kembang, masukkan krim of tartar.  Sesudah kembang masukkan tepong jangung dan kelapa kering. Gaul rata.
Masukkan adunan kedalam piping bag, nozel bulat dan pipe atas loyang.  Bakar selama lebih kurang 45 minit.  Sejukkan dan hias dengan chokelat masakan.

Malas pulak nak ganache...inipun sesuai untuk minum petang dengan secawan kopi O.

Wednesday, January 16, 2013

PUDING YOGURT PRUNES

BUAT dessert memang kegemaran saya.  Salah satu sebabnya ialah kerana ianya senang dari segi bahana-bahan maupun peralatan. Kali ini saya cuba buat Puding Yogurt yang amat simple cara penyediaannya. Jom kita cuba sama-sama.  Resepi sendiri untuk hidangan keluarga.

Walaupun agak comot tapi rasanya amat memuaskan.

Rasa sedikit masam dari adunan Prune memang kena dengan rasa Yogurt susu.

Mari kita semak resepinya.
 
Bahan-bahannya:
 
Satu paket agar-agar
5 Cawan air, 2 helai daun pandan
1 1/2 Cawan gula
2 Sb plain yogurt
3 Sb prune (saya guna pati prune organik-Country Farms)
1 Cawan susu segar UHT
1 Sb margerin & 1 Sb tepong custard
 
Cara-cara membuatnya:
 
1.  Masak agar-agar bersama 5 caw air dan daun pandan.  Bila agar-agar hancur baru masukkan gula, masak lagi sempai gula hancur.
2.  Bahagikan adunan kepada dua bahagian : Satu bahagian masukkan pati prune, kacau rata dan sejukkan.  Satu bahagian lagi biarkan atas api kecil, masukkan margerin, susu segar dan tepong custard (yg telah dibancuh dengan sedikit air). Tutup api dan masukkan yogurt sambil kacau rata. Sejukkan. Lapislah ikut kesesuian dengan bahagian adunan prune tadi. 
 

Saturday, January 12, 2013

TENGGIRI MASAK TAUCU

MASAK ikan tenggiri memang senang terutamanya kalau kita beli bahagian tengah.  Saya kalau setakat nak goreng memang beli bahagian tengah.  Tapi kalau untuk masak kari tentunya bhg kepala jadi pilihan.

Kalau dapat Tenggiri yg segar lagi sedap, rasa kemanisan tambah pula rasa masam air asam jawa.

Cara membuatnya adalah seperti biasa kita menggoreng ikan,  cuma kita tambahkan kuah taucu dengan hirisan bawang dan cili hijau, cili merah dan sedikit halia.  Masakan yang tak payah nak belajar kata org tua-tua, sebab sesiapa pun boleh buat.  Terima kasih.


Thursday, January 10, 2013

KEK CHOKELAT

KADANG-kadang buat Kek Chokelat jadi terlalu MOIST.  Tapi ada ketikanya jadi mampat dan tak berapa nak moist.  Bila teliti balik mesti saya ada tertinggal bahan.  Maklumlah kalau buat kek memang kalut sikit. Mari kita jenguk apa jadi dengan Kek Chokelat kali ni. Happy viewing frens.
 Bab-bab mendekor kek ni memang saya out! Tak boleh nak bawa majlis kata orang, hanya untuk hidangan keluarga saja.

 Nampaknya saya kena pegi kelas untuk deko-deko kek ni.

Sila abaikan segala benda yang agak comot tu ye! Mari kita semak resepi, perlu diingatkan bahawa resepi ini mungkin berlainan dengan resepi anda. Terpulanglah sekiranya perlu buat rujukan. Tk.

Bahan-bahannya:-

1.  2 caw tepong gandum,1 caw serbuk koko, 1 st baking powder, 1 st bikarbonate (Diayak bersama)

2.  4 bj telor, 1/5 caw gula halus, 1 caw susu pekat, 1 caw minyak jagung, 1 1/2 caw air panas.  Pukul telor dan gula sampai kembang,gebu. Guna High speed.  Masukkan susu pekat. tukar Low Speed.  Masukkan Minyak Lepas tu masukkan adunan no. 1 di atas sedikit demi sedikit, lepastu  masukkan air panas dan kacau sahaja pakai whisk dengan cara kaup balik.
3.  Bolehlah dibakar atau dikukus lebihkurang sejam 175c.

Chocolate Ganache

250 gm whipping cream
400 gm cooking chokelat
1 sb butter
1 sb madu * kali ni saya tidak guna madu tapi guna caramel.

Masak whipping cream dengan api sederhana hingga sedikit berbuih, masukkan cooking chokelat yg telah diptg kecil, kacau sebati masukkan butter dan madu, kacau hingga likat. *kaedah double boiler.
Setelah itu curahlah keatas kek tadi dan hiaslah ikut kegemaran.




Sunday, January 6, 2013

NASI LEMAK

SALAM SEJAHTERA SEMUA.  

Semua orang pandai buat NL ni kan, so saya tak payahlah rasanya letak resepi.  Saya jarang makan NL sebenarnya, jaga badan. Hehehe betul ka...? Ye betul..kata orang-orang bidalan "Makan Sihat bukan Makan Sedap". Wallahuallam.

 Memang puas makan dari pagi sampai tengahari, opss diet pun melayang!

 Dek kerana berbagai-bagai permintaan pada telor, saya rebus dan juga goreng mata kerbau.  Bagi semua yang buat permintaan tu berpuashati.
 Cuci mata dengan photo2 yang agak pudar, maklumlah pakai handphone yg terlebih tak canggih.

 Saya tukar sedikit cara goreng ayam, kalau selalunya ayam goreng berempah.  Kali ini saya guna rempah cajun. Best berperisa!

Last yang paling meletup!!! Sambal bilis petai.

NASI LEMAK memang best kalau masak sendiri.  Bermacam-macam lauk kita boleh buat untuk citarasa keluarga.