Sunday, November 30, 2014

BIHUN GORENG SOS THAI

ASSALAM,  dalam seminggu kami anak beranak kalau tak kena bihun memang tak sah!.  Saya lebih menggemari 'mee' sebenarnya.  Sekiranya kami makan luar dan adakalanya oder mee maka adalah suara suara anak komplin macam macam pasal mee.  Haha air tangan mummy yang terbaekkk katanya.

Bihun goreng ni macam biasa je cuma saya tambah Sos Cili Thai dan Tomyam Paste.




Bahan Bahannya:

1/2 paket Bihun-rendam 1/2 jam
5 Ulas Bawang Putih
Sejambak Sawi
2 Keping Tauhu Basah
1 st Udang Kering -tumbuk bersama bawang putih
1st Tauchu
2 sb Lada Kering yang telah diblend
1st Sos Cili Thai
1/2 st Tomyam Paste
2 Biji Tomato -Potong baji
Telur dadar untuk tabur atas Bihun
Cara cara membuatnya:
1. Tumis bawang Putih dan udang kering yg telah ditumbuk. Masukkan cili kisar, seterusnya masukkan tauhu-biar agak agak tauhu kuning sikit.
2. Masukkan Taucu, Sos Cili Thai dan Tomyam Paste dan garam.  Kacau rata. Masukkan sedikt air.
3. Masukkan Bihun dan kacau rata.  Masukkan Sawi dan tomato.
4. Telur buat dadar dan tabur di atas Bihun yang telah siap digoreng tadi.  Boleh tabur bawang goreng.




KEK PISANG WALNUT

HIDANGAN MINUM PETANG,  minggu ni banyak undangan kenduri kahwin.  Malas nak fikir yang berat berat.  Buat Kek Pisang Walnut ni sb semua bahan bahan sudah tersedia.


Sumber Resepi : Myresepi.com
Olahan : erramasak

Bahan bahannya:
5 Biji Pisang emas atau pisang berangan - 3 dilecek ; 2 dipotong kiub
1 caw gula castor ; saya letak 1//2 caw dan 1/2 lagi brown sugar
1 caw minyak jagung
4 biji telor
Bhn Ayak
1 1/2 caw tepung gandum
1 st soda bikarbonat
1 st baking powder
Bhn lain:
1 st ovalette -option
1 sb jus limau nipis -option
1 st esen vanila
Badam dan apa apa kekacang yang disukai



Saturday, November 29, 2014

MAGGI SUP

EDISI MALAM MINGGU.  Dek kerana kemalasan yang melampau 'orang rumah' tu yang tak mahu bawa saya ke pasar maka ginilah jadinya.  Ini berlaku kerana anak bujangku tidak balik minggu ini kerana nak exam katanya.  Kalau dia ada tak merasa makanan ni.  Memang di antara makanan kawalan!.


 Maggi Sup je pun, simple kan...Sila abaikan kuali cantik itew..penat cari kuali ni tau.

Kadang kadang teringin

Bahan bahannya:
2 bungkus maggi - terpulanglah perisa yang digemari
2 biji telor
2 keping tauhu basah - potong nipis
3-4 batang sawi
2 biji tomato
2 st bawang goreng
2 bj cili api


Thursday, November 27, 2014

NASI TUMIS

MASAK Heavy sikit untuk lunch.  apabila ahli keluarga balik rumah kita pun bersemangatla nak masak macam macam.  Kali ini masak nasi ala ala Nasi Arab.  Tapi tumis secara simple dan cepat.  Lauk untuk hari ini ialah Rendang Ayam & ada Acar Rampai ala ala Salsa.


Resepi :  erramasak
Sumber:  Kongsi Resepi

Bahan bahannya:
3 cawan / pot beras basmati - cuci dan rendam 15 minit
Rempah 3 beradik - Kulit Kayu Manis / Buah Pelaga, Bunga Lawang
3 Ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar kuning - potong kiub
1/4 caw minyak jagung - untuk menumis
1 caw chicken stok
1 jambak daun ketumbar
3 biji lada hijau
2 st kismis
2 st biji gajus
Secubit garam & pewarna kuning telur.



ZEBRA BREAD PUDDING

Salam sejahtera. Bertemu kembali. Buat dessert ni memang request dari orang yang nak berkenduri.  Tak jemu-jemu, boleh dikatakan setiap kali ada perjumpaan keluarga atau 'kenduri kecil' mesti ada orang yang nak makan dessert ni.  Zebra Bread Pudding.  Satu lagi ni ilham dari Puding Pelangi cuma tukarkan colornya sahaja jadikan ala ala color harimau.
 Kepada yang berhajat nak resepi tu silalah semak entry sebelumnya.

Wednesday, November 26, 2014

SPICY CORNFLAKES BILIS

MASAKAN Yang simple dan cepat lagi.  Jajan ini biasanya digemari oleh kanak kanak.  Tapi kalau kat rumah ni seisi rumah semua gemar.  Asalnya makan dari dapur www.facebook.com/zafeeraboutique.as  Terima kasih adindaku kerana beri rasa jajan ni.

Yang ni versi yang pedas-ada tambahan cili kering.
Rangup & berempah

Yang ni versi kanak kanak-tidak pedas.


Bagi mak mak yang bekerja tu bolehlah cuba buat ni untuk anak anak di rumah.

Bahan bahannya:
1 Kotak Cornflakes
1 Cawan ikan bilis
5 Biji cili kering
2 St Jintan manis - ditumbuk kasar
2 St Ketumbar - ditumbuk kasar
2 St Biji sawi
1 St Serbuk kunyit
1 St Serbuk kari ikan - kalau suka
Secubit kiub bilis
Garam dan gula secukup rasa

Panaskan minyak anggaran 1/4 cawan, tumis kesemua bahan kecuali cornflakes.  Last sekali baru masukkan cornflakes dan kacau sebati dengan cepat.  Elakkan dari hangus ye.


Monday, November 24, 2014

BERGEDIL

AS SALAM, entah kenapa sekrang ni saya kerap masak bergedil ni.  Mungkin sebab cara penyediaannya yang mudah dan cepat.  So sapa sapa yang tak tahu buat bergedil ni sila angkat tangan..hehehe.  Rasanya saya sudah tepek resepi buat bergedil ni tapi tak apa bagi yang baru nak mencuba buat dipersilakan.


Bahan bahannya:
5 Ketul ubi kentang
1 caw daging cincang - boleh tukar kepada ayam
2 sb tepung serbaguna Adabi
1 labu bawang besar- kuning- potong kiub
2 bj lada merah -hiris bulat
1 bj lada hijau-hiris bulat
Secekak daun bawang atau daun sup - di hiris anggaran saiz cili tadi
1 bj telur- pukul ringan
Garam secukup rasa

Cara cara membuatnya:
Ubi Kentang dihiris nipis nipis dan goreng 3/4 masak.  Seterusnya tumbuk sampai hancur. 
Campurkan kesemua bahan di atas kecuali telor.
Sebatikan kesemua bahan dan bentukkan bulat mengikut saiz yg digemari.  Sekiranya adunan melekat pada jari silalah guna sarung tangan plastik yg khas untuk menyediakan makanan.
Seterusnya celup adunan bulat tersebut kedalam telor dan goreng sampai garing.
angkat dan toskan di atas tisu dapur atau apa saja yang anda guna untuk serap baki minyak.



Saturday, November 22, 2014

UDANG GORENG TELUR ASIN

SEBAGAI ibu kita kalau tak kedapur tu rasa amat janggal la kan.  Saya selalu mencuba resepi dari www.kongsiresepi.com.  Tapi selalu tengok resepi yang paling simple dan cepat untuk membuatnya.  Kali ini saya cuba goreng udang dengan telor asin/telor masin.  Nak dapatkan feedback dari orang rumah.  Malangnya my boys geleng kepala.  Makan tetap makan tapi hanya sekadar tanpa ada kata kata..mommy nanti masak ni lagi.  Tak apa mari kita tengok ye.  Kepada yang ingin mencuba tu silakan, mana tahu anda akan dapat maklum balas yang positif.


Bahan Bahan:
1/2 kilo udang -diletak sedikit garam dan kunyit
1 bj telor asin - di rebus dan di hancurkan
1 bj telor -di pukul sederhana
2 sb butter
2 sb susu cair
1 pelepah kecil daun kari

Cara cara:
Udang digoreng bersama butter.  Bila setengah masak masukkan telor dan kacau laju laju.
Masukkan susu cair dan kacau lagi.  Biar agak pekat baru masukkan telor asin tadi.
Kacau sebati dan tabur dengan daun kari.



Friday, November 21, 2014

ACAR IKAN TENGGIRI

SALAM SEJAHTERA,  bertemu kembali.  Seperti hari hari sebelumnya masakan yang ringkas dan senang. Bahan bahan yang sedia ada dan tidak perlu sakit kepala nak pikir lauk apa yang nak dihidangkan untuk makan tengahari.  Yang penting keluarga kita menyukainya.  Acar Ikan ni boleh juga dibuat dengan ikan ikan apa saja yang digemari.  Tapi yang paling kerap saya buat ialah ikan tenggiri.


Resepi & Olahan : erramasak

Bahan bahannya:
2 keping ikan tenggiri - dibersihkan dan digaram kunyit
1 labu bawang besar - kuning
2 ulas bawang putih
1 hiris halia
1/2 caw air asam jawa
1 bj cili hijau dan merah
Secubit gula

Cara menyediakannya:
Goreng ikan yang telah digaram kunyit sampai garing dan ketepikan.
Dalam minyak yang sama, tumiskan bawang putih dan masukkan halia.  Bila sudah naik bau baru masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat. 
Seterusnya masukkan air asam jawa dan gula.  Kacau hingga agak pekat tambah sedikit air masak.
Masukkan ikan tadi dan cili yang telah dihiris membulat.
Rasa masam manis memang memikat selera dengan hidangan nasi panas.

GORENG LEMAK TEMPE KACANG PANJANG

RESEPI ini juga kahas untuk para isteri yang sentiasa sibuk bekerja dan mempunyai luang masa yang terbatas untuk kedapur.  Selalunya kita masak tempe goreng kan..tapi kalau selalu masak tempe goreng atau sambal tempe nanti 'orang rumah' komplin pulak.  Mari kita ubah sikit jadi 'Goreng Lemak Tempe bersama Kacang Panjang'.

Resepi & Olahan : erramasak

1 paket tempe - potong anggaran seinci
2 keping tauhu basah - potong sesaiz dengan tempe
10 ekor udang sederhana besar - dibersihkan/dibuang kulit
1 paket cendawan
10 btg kacang panjang - dipotong pendek
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 bj cili merah hidup
1 caw santan pekat

Cara cara penyediaan:
1.  Goreng tempe dan tauhu sampai agak garing - ketepikan
2.  Dalam minyak yang sama tumis bawang putih dah bawang merah, masukkan udang dan kacang panjang.
3.  Masukkan cendawan, cili merah.  Masukkan garam
4.  Masukkan tempe dan tauhu yang telah digoreng tadi.
5.  Akhir sekali masukkan santan pekat, kacau sebati dan tutup api.




Wednesday, November 19, 2014

ZEBRA BREAD PUDDING

ZEBRA BREAD PUDDING ini juga untuk jamuan esok..

Bahannya:
1 stripe agar2 atau serbuk agar2
1caw susu cair

1 bj telor
2 caw gula
3 kpg roti
Air ikut sukatan pd bungkusan agar2
3 sb tpg jagung
1 sb butter

Choco secukupnya.


Cara membuatnya:

Masakkan agar agar bersama daun pandan, bila dah hancur baru masukkan gula.  Kacau hingga gula hancur. Kecilkan api.
Blendkan Susu cair, Roti, Telor.  Seterusnya masukkan dalam adunan agar agar tadi, kecilkan api.  Masukkan tepung jangung dan butter.  Kacau dan tutup api.
Bahagikan adunan kepada 2 bhg; 1 bhg masukkan Choco dan satu lagi biar warna asal -Cream.
Lapiskan selang seli dalam loyang.  Masukkan dalam Peti Sejuk semalaman.


Tuesday, November 18, 2014

Sawdust Almond Pudding

Baru lepas melapis dua jenis dessert untuk jamuan esok hari.  Sepatutnya saya buat satu menu untuk dessert tapi oleh kerana bahan bahan yang dah tersedia maka tambah satu lagi lah.  Dapat idea buat Sawdust Almond Pudding dari'youtube' dan www.kongsiresepi.com

Penyediaan yang cepat dan ringkas, 10 minit pun boleh siap.


Emergency nak buat bekas kecil dah habis, maka ginilah jadinya..half jer isinya.  


Bawa ke opis, separuhnya tinggal kat rumah utk orang rumah.  Resepinya akan menyusul.

Sunday, November 16, 2014

Milky AvocaApple

Bismillah,  kalau ikutkan buah Avocado ni nak kena kawinkan dengan buah apa ye?  Ada sesape yang boleh beritahu tak.  Saya sudah minum jus ni selama 2.5 bulan.  Hanya kawinkan bersama Apple Hijau.  Haritu try dengan buah kiwi tapi tidak berapa ngam.

Khasiat minuman ni yang sebenar tak tahulah kan cuma kita ikut apa yang kawan kawan beritahu selebihnya 'google'.  Tapi bagi saya yang paling ketara ialah ianya adalah bahan mempercepat penghadaman.  Sekaranag ni lagi senang penyediaannya setelah ada 'Shake n Take' ni.  Satu blender mini yang boleh di bawa kemana jua. Sana sini sebenarnya orang dok pakai blender ni. Ada dijual di pasar pasar malam terpilih katanya, tapi saya order dari Lazada.


Sumber Resepi : erramasak
1 biji buah Avocado
1/4 caw plain yogurt drink
1/2 biji Apple Hijau
3 helai daun mint
1 gelas air dari petiais

Semua bahan di atas diblendkan bersama.  Bagi yang suka manis bolehlah tambah 2 sudu brown sugar.  Tadaaa senangkan. Apa kata jom kita minum sama sama.  



Saturday, November 15, 2014

LALA GORENG SOS TIRAM

Lala ni salah satu kegemaran kat rumah ni la kan.  Tapi my boys ni suka ratah, so apabila makan nasi diorang akan ketepikan Lala ni untuk makan di pengakhiran sekali.

Sumber Resepi :  erramasak
1 Kg Lala- dikepak dan bersihkan
2 btg serai - dititik
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili pada
2 sb sos tiram
2 st tepong jagung -bancuh dgn 1/2 cawan air suam
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:
Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk,  masukkan cili padi yang telah ditumbuk sedikit agak agak terbelah. Masukkan serai serta sos tiram.
Seterusnya masukkan Lala dan kacau.  Masukkan garam.
Akhir sekali masukkan tepong jagung yang telah dibancuh tadi.  Tutup api.




Sunday, November 9, 2014

CEMPEDAK GORENG LEMAK MANIS

TERIMA KASIH jiranku atas pemberian buah cempedak ni.  Walaupun hanya sebiji tapi harum bau seluruh rumah.  anak bujang saya memang tak sabar sabar minta suruh cepat goreng ni.  Resepinya semua orang dah tahu kan.  Saya guna tepung goreng pisang segera Adabi tu. bancuh jer dengan air, celup celup goreng.

 Pekena dengan secawe kopi panas.


AYAM MASAK LEMAK CILI API

Hari ni masak lauk yang simple lagi.  Jarang sangat masak ayam macam ni.  Sebenarnya saya ingin mencuba pancing selera suami dan anak.  Kalau mereka komen positif lain kali boleh masak lagi.  Memang boleh tahan masak lemak cili api ayam ni.  Jom try buat ni kawan kawan.

Sila abaikan brocilli tumis tu, ianya pelengkap lunch untuk hari ini.



Resepi :  Olahan Sendiri
Bhn-Bhnnya:
1/2 ekor ayam dipotong kecil
1 caw santan
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1st bj ketumbar
2 hiris lengkuas
2 btg serai dititik
5 bj cili api-hijau & merah -ikut kepedasan masing masing
1 helai daun kunyit
sedikit kunyit serbuk, garam

Cara-cara membuatnya:
1.  Ayam yg telah dibersihkan di masukkan kedalam belanga/periuk-ketepikan
2.  Tumbuk bj ketumbar dan lengkuas sampai hancur. Masuk bawang merah, bawang putih, dan cili api. Tumbuk hancur.
3.  Masukkan kedlm belanga/periuk ayam.  Masukkan separuh drp santan dan kunyit serbuk serta serai yg dititik dan daun kunyit yang disiat siat dan simpul. Kacau kuah sampai separuh gelegak.
4.  Rasa garamnya sambil kacau dgn api kecil jgn kasi kuah berketul.  Last masukkan baki santan. Kacau sekejab dan tutup api. Jgn masak terlalu lama takut kuahnya pecah minyak dan kurang sedap pula.

Hidang dengan nasi panas.  Kami pekena dengan sambal goreng udang.

Saturday, November 8, 2014

Kek Pisang Walnut

Sekian lama mencuba buat Kek Pisang dari pelbagai resepi termasuklah dari gobok resepi orang tua.  Tapi yang ini olahan sendiri je ilham dari resepi 'google' dari blog blog masakan.


Dalam tengah tengah syok kacau tu terpikir pulak nak letak choco chips dan walnut ni..

Bila dah masak ianya merekah sedikit,  saya menggunakan loyang lubang tengah.

 Ianya sangat lembut dan moist.  Kejab jer dah habis diNgapp kek ni..next time kena buat lagi ni.

Sunday, November 2, 2014

MEE UDANG SIMPLE

ASSALAM SEMUA,
Kalau kita perasan bermacam macam cara nak buat mee ni kan.  Mari ikut cara saya yang senang dan mudah dan tidak sakit kepala memikirkan bahan bahan.  Setelah mencuba berkali kali inilah hasilnya.  Sesungguhnya masa itu amat penting bagi kita ibu ibu yang sentiasa sibuk menguruskan semua perkara ni.  Tambah lagi bagi ibu ibu yang bekerja.  So kita buat cara yang paling senang dan ringkas.



Resepi & Olahan : erramasak

1/2 kg mee kuning - celur air suam dan toskan
1/kg udang - dibersihkan
3 batang sawi
5 keping tauhu kering
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 hiris halia
2 bj tomato - potong baji
1 sb udang kering
2 bj cili merah
3 sb bawang goreng
1 bj telor
2 sb tepung jagung -bancuh dgn 1/2 caw air
2 st sos tiram

Saturday, November 1, 2014

APAM LAPIS PISANG

Salam sejahtera, APAM  ialah satu jenis kuih yang perlu dikukus dan senang untuk disediakan.  Boleh buat waktu pagi mahupun petang.  Kalau saya memang buat waktu pagi sebab boleh simpan sampai ke waktu minum petang.

Kali ni Apam yang juga menjadi fev anak beranak.  Mula terpikat dengan APAM ni ketika makan di jamuan pejabat yang saya order dari Siti Catering.   Memang sya akan rekomen sekiranya kawan kawan berhajat untuk membuat jamuan atau kenduri. Buat apam ni kena ikut musim jugak sebab kalau tak de pisang tak best, atau pisang tak berapa elok dan tidak berapa manis.  Dalam setengah jam pun anda boleh membuat Apam Lapis Pisang ni.  Kalau ada kenduri kecil atau jamuan Apam ni boleh menghiasi ruangan dessert atau kuih-muih.





Resepi & idea: auntyyochana

Bahan bahan: Dua lapisan + hiasan pisang hiris
Bhn A:
200 gram pisang masak - lecek (sya letak 4 bj)
1 st baking soda
1 st banana essen
Bhn B:
100 gram brown sugar
3 bj telor
100 gram tpg pau
1 st double action baking powder
60 ml minyak jagung
Bhn C: Lapisan atas (Putih cream)
2 bj telor
60 gram gula halus
4 sb air
60 gram tepung pau
* sya buat lapisan C sukatan 2 adunan untuk mencukupkan dgn adunan lapisan bwh.

Cara-cara membuatnya:
Lapisan bawah.
1.  Sebatikan bhn A, Ketepikan,
2.  Satukan bhn B kecuali minyak. Gaul hingga rata dan masukkan bhn A serta minyak jagung.  Ratakan.
3.  Tuang dlm acuan (ikut kegemaran) dan terus kukus selama 10 min.
Lapisan atas.
1.  Pukul telor dan gula samapai agak kembang-masukkan air dan tepung dan pukul lagi sampai sebati dan gebu.
2.  Tuang atas lapisan bawah sampai penuh acuan, hias dengan hirisan pisang dan sambung kukus selama 15 min.